Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2017-09-29 at 3.21.40 PM

Bonjour! Telefon Rekaan Dari Perancis, Wiko View Dan View Prime Diperkenalkan

Diterbitkan September 29, 2017 · Dikemas kini September 29, 2017 oleh Haikel Areff

Kebanyakkan telefon ketika ini masing-masing mempamerkan model paparan 18:9, dan Wiko, sebuah jenama telefon pintar yang semakin popular ini juga tidak ketinggalan.

Bonjour! Telefon Rekaan Dari Perancis, Wiko View Dan View Prime Diperkenalkan

Dalam pelancaran model baru mereka baru-baru ini, Wiko memberitahu mereka masih lagi mengekalkan prinsip mereka dengan mengetengahkan telefon pintar kelas pertengahan seperti sebelum ini.

Pertama sekali Wiko View Prime. Secara jujurnya, rekaan luaran kedua-dua model ini tidak jauh bezanya berbanding telefon flagship yang berada di pasaran ketika ini. Dengan bezel yang nipis dan paparan skrin 5.7 inci IPS 720p sedikit lengkung di sisi, ianya sangat selesa dipegang.

Screen Shot 2017-09-29 at 3.20.20 PM

View Prime dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 430 digandingkan dengan RAM bersaiz 4GB dan juga storan dalaman 64GB.

Screen Shot 2017-09-29 at 3.20.52 PM

Yang menjadi buah mulut pihak Wiko dalam pelancaran tersebut adalah tetapan dwi-kamera selfie di bahagian hadapan peranti ini. Dwi-kamera 20MP + 8MP dengan ciri sudut luas membenarkan pengguna mengambil gambar selfie beramai-ramai.

Kamera selfie juga dilengkapi dengan ciri ‘bokeh’ dan pada pandangan kami, ianya tidaklah begitu hebat seperti yang dibawakan oleh telefon flagship lain, tetapi pada kami untuk kelas pertengahan, ianya adalah satu kesungguhan yang patut di puji.

Screen Shot 2017-09-29 at 5.26.48 PM

Di bahagian belakang diletakkan kamera 13MP, pengimbas cap jari dan LED flash. Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri bersaiz 3,000mAh dan dijual pada harga RM 1199.

Bonjour! Telefon Rekaan Dari Perancis, Wiko View Dan View Prime Diperkenalkan

Untuk model View pula memperlihatkan spesifikasi sedikit rendah berbanding model View Prime. Ianya hadir dengan cip pemprosesan 425 bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Model View dibina dengan kamera utama 13MP dan kamera selfie 16MP bersama bateri bersaiz 2,900mAh. Ianya dijual pada harga RM 899.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY