Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal

Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini telah meminta pampasan sejumlah 1 juta yuan (~RM631,197) daripada pembekal, selepas membocorkan draf rekaan awal kereta.

Berkaitan

  • Xiaomi Mahu Keluarkan 10 Juta Unit Kereta Elektrik Setahun Untuk Jadi 'Top 5'
  • Xiaomi Sedang Giat Menguji Kenderaan EV Pertama Mereka
  • Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada 'Sport Rim', Guna Brek Brembo

Melalui Weibo, jurucakap Xiaomi menyatakan pada 22 Januari 2023, sebuah syarikat teknologi acuan yang berpangkalan di Beijing telah mendedahkan secara terbuka draf rekaan awal bumper depan dan belakang kereta, dan seterusnya melanggar “Confidentially Agreement” atau perjanjian kerahsiaan.

Menurut perjanjian kerahsiaan, Xiaomi telah “berurusan dengan serius” dengan rakan kongsi yang terlibat dan memutuskan pampasan sebanyak 1 juta yuan (~RM631,197).

Selain itu, Xiaomi turut mengarahkan pembekal untuk mengukuhkan pengurusan keselamatan maklumatnya, dan merangka rancangan untuk meningkatkan langkah kerahsiaan secara menyeluruh.

Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal

Bagaimanapun, Xiaomi tidak mendedahkan nama syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Xiaomi menegaskan pihaknya tidak akan bertoleransi dengan kebocoran maklumat sedemikian dan menyatakan semua pembekal dan rakan kongsi perlu melaksanakan perjanjian kerahsiaan itu.

Terdahulu, imej didakwa model kereta pertama Xiaomi telah tertiris, yang memperlihatkan bahagian hadapan dan belakang kenderaan elektrik (EV) Xiaomi, dengan plat lesen “MS11”. Bagaimanapun, Sina Tech melaporkan draf rekaan yang bocor adalah sebahagian daripada proses bidaan dan belum dimuktamadkan.

Sumber: Xiaomi

Gambar utama: The Week

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY