Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
be u bank islam

Bank Islam Akan Rasmikan Aplikasi Bank Digital Mereka, Be U Tapi Sudah Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan Julai 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selama ini, pengguna Bank Islam menggunakan aplikasi Go by Bank Islam untuk membuat sebarang transaksi atas talian selain laman webnya.

Antara muka disediakan laman web bank ini memang nyata sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan bank-bank lain seperti MayBank mahupun CIMB.

Bank Islam secara rasmi akan melancarkan bank digital mereka iaitu Be U dan menjangka untuk menarik 350,000 ke 400,000 muat turun dan pengguna dalam masa 12 bulan.

Namun, aplikasinya sudah pun tersedia di gudang aplikasi seperti Play Store and App Store untuk dimuat turun.

Ini merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan sepenuhnya di awanan (cloud).

Jangan salah faham, Be U ini ia bukan sekadar aplikasi perbankan untuk memindahkan wang tetapi juga berfungsi sebagai bank digital.

Ini merupakan bank digital terawal selepas Bank Negara Malaysia mengeluarkan lesennya April lalu kepada lima konsortium.

Bank Islam tidak memohon lesen bank digital sebaliknya menggunakan lesen bank Islamik mereka untuk perkhidmatan ini.

CEO Bank Islam, Muazzam Mohamed berkata Be U membenarkan akaun simpanan dengan baki sifar, pemindahan dana serta ada ciri Nest yang dapat membantu generasi muda meletakkan sasaran kewangan.

Kumpulan ini telah melabur sekitar RM34 juta untuk bank digital dan ia disasarkan untuk golongan muda termasuk mereka termasuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya.

Be U akan menjadi pelengkap pada keseluruhan Bank Islam dan bukan pesaing kerana tumpuan sasaran mereka yang berbeza, memetik CEO Bank Islam.

Sumber: The Edge Markets

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY