Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black shark 3 pro

Black Shark 3 Versi Pro Akan Hadir Untuk Pasaran Tempatan 4 Jun Ini

Diterbitkan Mei 28, 2020 · Dikemas kini Mei 29, 2020 oleh Meor Hasyim

Umum mengetahui Black Shark 3 sudah pun mula dijual secara rasmi di Malaysia sejak hujung April lalu. Namun untuk varian Black Shark 3 Pro, pelancarannya tidak disertakan seiring dengan Black Shark 3 biasa.

Hari ini Black Shark Malaysia telah mengumumkan tarikh keramat pelancaran peranti ini untuk pasaran tempatan iaitu 4 Jun 2020 kelak. Menurut pihak Black Shark, mereka akan melancarkan peranti ini melalui Shopee memberikan petunjuk akan memberikan penawaran eksklusif seperti harga, hadiah percuma ataupun jualan kilat.

Harga peranti walau bagaimanapun sudah diketahui melalui pra tempahan daripada pihak DirectD sebelum ini. Harga jualan peranti ini adalah bermula RM3999 untuk varian 8GB/256GB manakala mencecah RM4,199 untuk varian 12GB/256GB.

Dengan pelancaran rasmi oleh pihak Black Shark Malaysia sendiri, mungkin kita dapat melihat harga jualan yang lebih eksklusif disertakan dengan aksesori permainan percuma.

Berbeza dengan Black Shark 3 biasa, Black Shark 3 Pro hadir dengan saiz lebih besar 7.1 inci Quad HD+ AMOLED bersama-sama kadar segar semula 90Hz. Selain itu, bateri juga lebih besar 5,000mAh berbanding 4,720mAh pada Black Shark 3 biasa. Menariknya varian Pro ini hadir dengan penawaran butang fizikal pada sisi peranti untuk kawalan permainan yang lebih imersif.

Spesifikasi lain peranti adalah sama sahaja iaitu Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G. 3 kamera belakang dengan 64MP utama, 13MP sudut lebar, dan 5MP depth. Kamera swafoto bersaiz 20MP dan peranti turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari optikal dalam skrin dan pembesar suara stereo.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY