Ditawarkan terlebih dahulu di China awal Mac yang lalu, siri ini menampilkan dua versi iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Namun begitu, penawaran awal ini hanya mendatangkan Black Shark 3 dengan versi Pro pula akan diperkenalkan pada bulan Mei.
Black Shark 3 dilahirkan sebagai sebuah peranti gaming yang dikuasakan oleh Snapdragon 865 serta membawakan beberapa ciri terbaik untuk pengguna.
Antaranya adalah Master Trigger yang merupakan butang pada sisi peranti untuk penggunaan terbaik ketika bermain aplikasi permainan. Selain itu terdapat juga Master Touch 3.0 yang memberikan lebih kelainan pada input skrin paparan.
Black Shark 3 menggunakan paparan AMOLED 6.67 inci beresolusi FHD+ yang mempunyai kadar segar input 270Hz dengan kadar latensi skrin sekitar 24ms. Kadar penyegaran paparan pula adalah 90Hz.
Spesifikasi lain yang boleh didapati pada Black Shark 3 adalah tiga kamera belakang dengan 64MP sebagai perakam utama. Ia digandingkan dengan 13MP ultra lebar, dan 5MP untuk rakaman bokeh. Kamera hadapan pula menggunapakai lensa 20MP.
Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4720mAh, Black Shark 3 menyokong pengecasan pantas 65W.
Jualan Black Shark 3 akan diadakan tepat jam 12 malam ini di Shopee. Bagi 400 pembeli terawal, anda boleh memiliki Black Shark 3 pada harga RM2649 sahaja.
Turut sama ditawarkan pada harga promosi adalah aksesori seperti Gamepad, fon telinga Bluetooth, FunCooler serta powerbank.
Untuk lihat penawaran Black Shark 3 boleh layari Black Shark Malaysia Shopee dan Facebook Black Shark Malaysia.
Berkaitan
- Astro Dan Maxis Tawar Pakej Yang Disekalikan Dengan Jalur Lebar 30Mbps Dan 100Mbps
- ASUS ROG Phone 2 Terjual Sebanyak 10,000 Unit Dalam Masa 73 Saat
- Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data
- Huawei Jelaskan Tentang Penggunaan Kamera DSLR Dalam Iklan Nova 3
- Jom Lihat Apa Aktiviti Peranti Pintar Yang Digemari Wanita Malaysia
- Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
- Mi Malaysia Bawa Masuk Mi A2 Dan Mi A2 Lite Pada 3 Dan 18 Ogos Ini
- Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik
- Gambar Lebih Dekat Huawei Mate 30 Lite/Nova 5i Pro
- Jelajah Trak Huawei Nova Superstar Bakal Menemui Anda Sehingga 30 September Ini