Black Shark Malaysia akhirnya telah melancarkan model gaming paling berkuasa mereka iaitu Black Shark 3 Pro untuk pasaran tempatan. Hanya satu versi sahaja yang dilancarkan iaitu varian 12GB/256GB dan dijual pada harga RM4,199.

Jualan peranti ini adalah secara eksklusif hanya di Shopee selama 1 minggu bermula 4 sehingga 10 Jun 2020. Untuk 2 hari pertama jualan, pembeli akan menerima promosi dan juga hadiah lumayan.

  • Hari Pertama (4 Jun 2020)80 pembeli pertama akan menerima Black Shark Gamepad 2.0 Left Side, Gamepad Holder 3.0, waranti skrin 1 tahun, dan hadiah misteri dari Black Shark.
  • Hari Kedua (5 Jun 2020) 70 pembeli pertama akan menerima Black Shark FunCooler, waranti skrin 1 tahun, dan hadiah misteri dari Black Shark.

Tambahan lagi, 10 pembeli pertama peranti tersebut akan menerima baucar Shopee yang bernilai RM100.

IKLAN

Selain Black Shark 3 Pro, fon telinga Black Shark Bluetooth Earphones juga dijual secara eksklusif pada tarikh yang sama dengan harga jualan RM399.

Mengimbas kembali spesifikasi, Black Shark 3 Pro hadir dengan butang fizikal, Snapdragon 865, paparan 7.1 inci Quad HD+ AMOLED bersama-sama kadar segar semula 90Hz. Bateri adalah berkapasiti 5,000mAh dan hadir dengan 3 kamera belakang 64MP utama, 13MP sudut lebar, dan 5MP depth. Manakala swafoto pula adalah 20MP.

Beli Black Shark 3 Pro: https://invol.co/clolfk
Beli Black Shark Bluetooth Earphones: https://invol.co/clolfs