Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Peranti Xiaomi BlackShark 2 Dengan Cip Snapdragon 855 Didakwa Telah Tertiris

Black Shark 3 Diramal Hadir Dengan RAM 16GB

Diterbitkan Januari 11, 2020 · Dikemas kini Januari 11, 2020 oleh Helmi Samsuri

Beberapa hari yang lepas, terdapat laporan mengenai Black Shark 3 bakal menjadi telefon pintar gaming pertama didunia yang menyokong 5G.

Kini khabar angin terbaru pula menyatakannya bakal dilengkapi dengan RAM 16GB. Ini sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama didunia dengan kapasiti RAM tersebut.

black shark 3

Ura-ura ini mula timbul setelah sebuah model dengan nama SHARK KLE-AO dikenal pasti mendapat pensijilan di China. Dipercayai sebagai Black Shark 3, tiada maklumat lanjut mengenainya selain sokongan 5G.

Tetapi melihat kepada penawaran sedia ada, kita boleh menjangkakan penggunaan cip pemproses Snapdragon 865. Selain itu, kita juga boleh meramalkan penggunaan paparan dengan kadar penyegaran 120Hz, bateri 4500mAh serta sekurang-kurangnya pengecasan pantas 30W.

Namun begitu, spesifikasi yang disebutkan hanyalah ramalan dan khabar angin yang bertiup di internet. Untuk informasi lebih lanjut kita perlu nantikan pengumuman daripada pengeluar.

Sumber: Twitter Sudhanshu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY