Perbezaan antara versi Pro dan yang terdahulu adalah penggunaan cip Qualcomm terbaru, Snapdragon 855 Plus, storan UFS 3.0 disamping rekaan yang diberi nafas baru serta tambahan RGB pada bahagian belakang.
Paparan hadapan menggunakan skrin AMOLED 6.39 inci dengan resolusi FHD+ dan pembesar suara stereo. Melalui model terbaru ini, pengeluar menyatakan latensi sentuhan dapat dikurangkan kepada 34.7ms berbanding model sebelumnya.
Menghuni bahagian dalam peranti adalah RAM 12GB dengan pilihan storan 128GB atau 256GB yang kini dijamin lebih lagu lagi dengan standard UFS 3.0. Menguatkan lagi penawaran pada Black Shark 2 Pro adalah sistem penyejukan 3.0 dengan plat serta tiub bagi pengurusan haba yang lebih optimum.
Beralih ke bahagian kamera, versi Pro mempertaruhkan tetapan dwi kamera; lensa utama 48MP (f/1.75) dengan bantuan 12MP (f/2.2). Lensa 20MP (f/2.0) pula ditugaskan untuk membuat rakaman selfie.
Bagi menjana peranti, Black Shark 2 Pro dibekalkan dengan bateri bekapasiti 4000mAh beserta pengecasan pantas 27W. Peranti ini akan mula ditawarkan di China pada 2 Ogos 2019 dengan beberapa pilihan warna menarik.
Harga jualan rasmi untuk pasaran China bagi variasi RAM 12GB+128GB adalah 2999 yuan (~RM1798) sementara RAM 12GB+256GB dipasarkan pada nilai 3499 yuan (~RM2098).
Berkaitan
- Ini Spesifikasi Rasmi Samsung Galaxy S21 Dan Galaxy S21+
- Malaysia Antara Negara Yang Dipertimbangkan Untuk Pengeluaran Produk Apple
- vivo Kini Jenama Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Malaysia Untuk Suku Pertama 2020
- Iphone SE 2 Diramal Muncul Pada Bulan Mei Atau Jun Ini
- Mozilla Perkenal Firefox Send, Anda Boleh Hantar Fail Sehingga 2.5GB Dengan Mudah
- Apple Mungkin Pening Kepala Nak Letak Harga iPhone 2019
- Sharp Aquos S2 Masuk Malaysia Pada Januari 2018, Berharga RM1299
- Bateri Prototaip Ini Mampu Bertahan Sehingga Seminggu
- Pemilik Model Siri Mate 20 Berpeluang Ikut Huawei Dan Auto Bavaria Cari Harta Karun
- Penggunaan Dron Dicadangkan Untuk Pantau Projek Pembangunan Diseluruh Negara