Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bard_

Bimbang Privasi Data, Google Tangguh Pelancaran Bard Di Eropah

Diterbitkan Jun 15, 2023 ยท Dikemas kini Jun 15, 2023 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, Google telah memperluas bot sembang AI generatif Bard, di 180 negara secara global, tetapi terkecuali di Kesatuan Eropah (EU). Terbaharu, Google dilaporkan perlu menangguhkan pelancaran Bard di Eropah berikutan kebimbangan data privasi.

Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland berkata, setakat ini, Google tidak memberikan maklumat yang mencukupi mengenai cara Bard akan melindungi privasi pengguna Eropah.

Berkaitan

  • Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT
  • Meta Temui Perisian Hasad Menyamar Seperti ChatGPT
  • ChatGPT Di iOS Kini Diintegrasi Dengan Siri Dan Shortcuts

Terdahulu, OpenAI yang merupakan antara pesaing Google, telah berjaya melancarkan ChatGPT di Eropah. Namun, sehingga kini ia masih berdepan pelbagai masalah. Tidak kurang juga dengan Microsoft Bing AI, yang dikuasakan model GPT-4 OpenAI.

Untuk Google Bard, pengawal selia Ireland berkata pihaknya masih menunggu syarikat itu memberikan penilaian terperinci dan menjawab soalan tambahan mengenai pematuhan terhadap peraturan perlindungan data EU.

Lanjutan itu, Google Bard tidak akan dilancarkan di Eropah pada minggu ini.

Sumber: Politico

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Enjin Carian Bagi Sekolah Yang Menolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY