Meta Temui Perisian Hasad Menyamar Seperti ChatGPT

Perkembangan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin meningkat kini membimbangkan platform media sosial seperti Facebook.

Ia selepas Meta menerusi kajian keselamatan dalaman mereka mendedahkan, pengendali perisian hasad adalah sama seperti penghantar spam yang mampu menyesuaikan diri dengan trend semasa.

Meta berkata, pengendali perisian hasad akan menggunakan isu panas dan topik popular untuk menarik perhatian orang ramai.

Terbaru adalah kempen perisian hasad yang mengambil perhatian terhadap teknologi AI generatif yang banyak diperkatakan pengguna.

Meta memaklumkan, sejak Mac sahaja, penganalisis keselamatan mereka telah menemui kira-kira 10 kategori perisian hasad yang menyamar sebagai ChatGPT atau alat serupa untuk menjejaskan akaun pengguna internet.

Sebagai contoh, Meta melihat penjenayah siber telah mencipta sambungan penyemak imbas berniat jahat yang tersedia di stor rasmi yang mendakwa menawarkan alat berkaitan ChatGPT.

Malah beberapa sambungan berniat jahat ini termasuklah fungsi ChatGPT yang berfungsi bersama perisian hasad.

Ini mungkin bagi mengelakkan syak wasangka daripada stor dan daripada pengguna. Meta turut mengesan dan berjaya menyekat lebih dari 1,000 URL hasad unik daripada dikongsi pada aplikasi mereka.

Meta menegaskan bahawa mereka akan terus melancarkan perlindungan baharu terhadap kempen perisian hasad ini dan bekerjasama dengan syarikat lain untuk terus memantau ancaman menerusi perkongsian laporan dan bertindak sewajarnya.

{suggest}

Sumber: Meta

Berkaitan