Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-09-19 at 10.11.52 AM

Billionair Jepun Bakal Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

Diterbitkan September 19, 2018 oleh Haikel Areff

Syarikat SpaceX yang dimiliki oleh CEO Tesla, Elon Musk semalam telah mengesahkan bahawa seorang billionair Jepun, Yusaku Maezawa, 42, akan menjadi pelancong pertama ke Bulan bersama mereka. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Elon di ibu pejabat SpaceX di California.

Maezawa merupakan taikun pusat beli belah fesyen atas talian terbesar Jepun, Zozotown menyatakan kesediaannya untuk “terbang” seawal tahun 2023. Malah, beliau mahu membawa penggiat seni bersamanya bagi menjayakan projek yang dinamakan #dearmoon ini.

Hanging out with @yousuck2020 before the @SpaceX moon mission announcement pic.twitter.com/RTOwutzMtG

— Elon Musk (@elonmusk) September 18, 2018

Beliau mahu menjemput enam hingga lapan orang penggiat seni untuk bersamanya bagi mengetahui pandangan mereka mengenai bulan selepas selesai misi selama satu minggu tersebut. Maezawa juga telah menempah kesemua kerusi yang tersedia dalam kapal angkasa Big Falcon Rocket(BFR) yang masih belum dibangunkan itu.

Elon Musk dan Maezawa sendiri menolak untuk mendedahkan jumlah bayaran yang telah dipersetujui antara kedua belah pihak namun semua artis yang terpilih untuk ikut serta nanti akan ditanggung oleh Maezawa.

Untuk pengetahuan anda, satu laman sesawang khas untuk projek #dearmoon ini telah pun dibangunkan. Sama ada perjalanan ini benar-benar mampu dilaksanakan atau tidak, hanya masa dan kuasa Tuhan yang akan menentukannya.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Air Laut Yang Semakin Panas Cairkan Ais Laut Dari Bawah Di Kutub Utara Dan Selatan - Laporan
  • Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri 'Mesej Berjadual' - Tetapan Sehingga 2 Minggu Awal
  • Take-Two Sekat Projek Port PC GTA 6 Tidak Rasmi, Lebih 3,000 Repositori GitHub Terkesan
  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
©2026 WISER.MY