Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kategori: Berita

lazada 2025

Lazada Naikkan Kadar Komisen Mulai 18 Julai Ini

Lazada kini mengumumkan semakan semula kadar komisen untuk semua penjual di platform Marketplace dan LazMall, berkuat kuasa 18 Julai 2025. Kadar baharu ini akan berbeza mengikut kategori produk yang dijual, selain turut disertakan pelbagai faedah tambahan untuk penjual. Antaranya termasuk penghantaran percuma untuk semua pembeli, baucar platform harian tanpa caj tambahan serta program LazCoins asas…

jabra panacast 40-1

Jabra Lancar PanaCast 40 VBS Untuk Ruang Mesyuarat Kecil, Harga Bermula RM8,800

Jabra melancarkan PanaCast 40 VBS, sistem video bar berkuasa Android pertama khusus untuk bilik mesyuarat kecil. Direka bagi menyokong persekitaran kerja hibrid yang semakin berkembang, PanaCast 40 VBS menawarkan liputan pandangan 180° untuk memastikan setiap individu dalam bilik dilihat dan didengari dengan jelas. Menurut kajian Jabra 2025, 94% pekerja menggunakan ruang mesyuarat kecil setiap hari…

anthem EA

Anthem Akan Ditamatkan Januari 2026, Mod Solo Pun Tak Boleh Main

EA dan BioWare mengesahkan bahawa Anthem akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 Januari 2026. Selepas tarikh itu, permainan ini tidak akan lagi boleh dimainkan langsung, termasuk mod solo. Ini kerana Anthem dibina khusus untuk dimainkan secara dalam talian. Pembelian mata wang premium dalam permainan telah dihentikan, namun pemain boleh terus memainkannya sehingga pelayan ditutup. Permainan ini…

Upin Ipin Universe_

Upin & Ipin Universe Lancar 17 Julai – Prapesan Kini Dibuka

Les’ Copaque Production, Streamline Studios dan Streamline Media Group kini mengumumkan permainan video Upin & Ipin Universe bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai 2025. Secara ringkasnya, Upin & Ipin Universe merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka yang diinspirasikan daripada siri animasi popular Upin & Ipin. Melalui permainan ini, pemain berpeluang meneroka Kampung Durian Runtuh sambil…

tiktok shop

TikTok Shop Bagi 30 Hari Untuk Pulangkan Barang, Ini Caranya

TikTok Shop kini memperkenalkan Polisi Pemulangan 30 Hari Percuma untuk produk berjenama tulen yang dibeli melalui TikTok Shop Mall. Langkah ini bertujuan meningkatkan keyakinan pengguna dan memperkasa pengalaman membeli-belah dalam talian, selari dengan matlamat platform untuk membina ekosistem e-dagang yang mampan dan mesra pengguna. Kajian dalaman TikTok Shop turut menunjukkan bahawa lebih 80 peratus pengguna…

CIMB password 12 hour cooling off period

CIMB Kini Kenakan Tempoh 12 Jam Untuk Tetapan Semula Kata Laluan, ID Pengguna

CIMB Bank kini mengumumkan langkah keselamatan baharu melibatkan proses tetapan semula kata laluan atau ID Pengguna. Bermula 30 Jun 2025, tempoh bertenang (cooling-off) selama 12 jam akan dikenakan setiap kali pengguna berjaya menetapkan semula kata laluan atau ID Pengguna melalui laman web CIMB Clicks atau aplikasi CIMB OCTO. Sepanjang tempoh ini, pengguna tidak boleh log…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 629
  • 630
  • 631
  • 632
  • 633
  • 634
  • 635
  • …
  • 5,359
  • Next
©2026 WISER.MY