Epic Games kini memperkenalkan versi pratonton bagi Epic Games Launcher yang dibina semula sepenuhnya. Memfokuskan prestasi dan pengalaman pengguna, pelancaran ini hadir selepas ramai pemain sebelum ini mengkritik launcher tersebut kerana prestasi yang perlahan dan penggunaan sumber sistem yang tinggi. Menurut Epic Games, versi baharu ini mampu memuatkan pustaka permainan sehingga 30 kali lebih pantas…
Kategori: Berita
Trafik Artikel Berita Merudum 40%, Google Umum Rombak Carian Janaan AI
Google mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mula memaparkan pautan ke laman web dan artikel secara lebih menyerlah dan di kedudukan lebih atas dalam keputusan carian berteraskan kecerdasan buatan (AI), berikutan amaran daripada jenama serta penerbit berita mengenai penurunan mendadak aliran trafik mereka. Anak syarikat Alphabet itu mula menyepadukan lebih banyak ciri AI dalam keputusan…
Meta Lancar Model AI ‘Terbuka’ Baharu Bagi Saingi China
Meta pada Khamis melancarkan model AI open-weight baharu yang didakwanya mampu menyaingi, dan dalam sesetengah keadaan mengatasi, produk serupa daripada pembangun terkemuka di China. Muse Spark Open “merupakan model open-weight AS yang paling berkeupayaan setakat ini,” tulis Ketua AI Meta, Alexandr Wang di platform X. Berbeza dengan model tertutup seperti Claude terbitan Anthropic atau ChatGPT…
Viu Dan iQIYI Kini Dalam Satu ‘Bundle’ – Harga Promosi Bermula RM19.90/Bulan
Viu dan iQIYI kini memperkenalkan pakej langganan yang menggabungkan akses kepada kedua-dua perkhidmatan penstriman itu. Menerusi Viu & iQIYI Bundle, pengguna boleh melanggan Viu Premium dan iQIYI Standard VIP pada harga promosi RM19.90 untuk tempoh 30 hari pertama atau RM50.90 untuk 3 bulan pertama. Kedua-dua harga tersebut merupakan tawaran pengenalan yang sah sehingga 13 November…
CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
CelcomDigi dan Maxis menerima penganugerahan spektrum baharu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), melibatkan jalur frekuensi 900MHz dan 2600MHz bagi menyokong keperluan rangkaian mudah alih di Malaysia. MCMC memaklumkan CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) dan Maxis Broadband Sdn Bhd dipilih sebagai pemohon berjaya bagi lot spektrum berkenaan menerusi kaedah lelongan, selaras dengan ketetapan dalam…
JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan EV Connection Sdn. Bhd. (JomCharge) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan sekurang-kurangnya 1,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Selangor dalam tempoh 24 bulan. Menerusi kerjasama ini, JomCharge akan bertanggungjawab melabur dan membangunkan infrastruktur pengecasan EV, manakala WHB bertindak sebagai pengurus program strategik bagi pihak kerajaan negeri Selangor. Inisiatif…
