Selepas berbulan khabar angin dan spekulasi, akhirnya ia rasmi. Apple kini mengumumkan acara tahunan pelancaran iPhone akan berlangsung pada 10 September 2024, jam 1.00 pagi waktu Malaysia (MYT) bertempat di Apple Park, Cupertino. Bertemakan “It’s Glowtime”, acara tahun ini dijangka akan menyaksikan Apple memperkenal barisan iPhone 16, model Apple Watch baharu dan AirPods 4 dengan Apple…
Kategori: Berita
Prasarana Sahkan Insiden Serangan Siber
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini mengesahkan insiden keselamatan siber yang melibatkan sebahagian daripada sistem dalamannya. Sebelum ini, siaran di platform X mendedahkan bahawa pengendali pengangkutan awam itu telah menjadi mangsa serangan ransomware atau perisian tebusan, melibatkan 316GB data organisasi. 🚨 RansomHub Ransomware Alert 🚨 PRASARANA MALAYSIA BERHAD 🇲🇾 PRASARANA MALAYSIA BERHAD, a company in the…
Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) akan mula berkuat kuasa hari ini, 26 Ogos 2024, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun lepas dan disiarkan dalam Warta pada 26 Jun. YAB Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan siber juga telah menetapkan…
Samsung Perkenal Monitor Odyssey 3D, Boleh Lihat Visual 3D Tanpa Kaca Mata
Samsung telah mengumumkan barisan monitor permainan Odyssey baharu di gamescom yang menggunakan teknologi penjejakan mata untuk menukar visual 2D kepada 3D tanpa cermin mata. Odyssey 3D ditetapkan untuk keluaran global dalam tahun ini. Ia membolehkan pengguna bertukar dengan lancar antara mod 2D dan 3D berdasarkan prestasi paparan yang diberikan. Odyssey 3D ialah monitor permainan 3D…
DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperkenalkan DE Rantau@Terengganu, destinasi terbaru untuk nomad digital yang inginkan suasana tenang dan keindahan budaya di Malaysia. Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Terengganu menawarkan gabungan unik pantai yang indah, warisan budaya yang kaya, dan kecantikan alam semulajadi, menjadikannya tempat pilihan untuk nomad digital. Program DE Rantau bertujuan untuk meletakkan…
ROG Phone 8 Diskaun RM400, Percuma Beg ROG Slash Sempena Bulan Kebangsaan
Asus kini sedang membuat tawaran kepada semua pelanggan promosi bersempena bulan kebangsaan, bermula 26 Ogos hingga 16 September 2024. Pembelian boleh dibuat dari mana-mana pengedar ASUS yang sah. Menerusinya, telefon ROG Phone 8 (12GB+256GB ) diturunkan harga daripada RM3,999 kepada RM3,599. Ia bermakna, diskaun RM400 diberikan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menuntut beg Crossbody…
