Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Avatar Musim Ke-2 Sudah Temui Pelakon Watak Utama ‘Earthbending’

Avatar Musim Ke-2 Sudah Temui Pelakon Watak Utama ‘Earthbending’

Diterbitkan September 22, 2024 oleh ariff bukhari

Peminat siri aksi sebenar Avatar: The Last Airbender pastinya tidak sabar untuk ketibaan musim keduanya.

Siri terbitan Netflix yang menggunakan tajuk yang sama adaptasi dari siri kartun popular terbitan Nicklelodeon itu telah disahkan akan disambung untuk musim ke-2 dan ke-3.

Musim ke-2 yang kini sedang dalam penggambaran akan kembalikan semula watak-watak utama dari musim pertama serta kemunculan beberapa watak baharu.

Avatar Musim Ke-2 Sudah Temui Pelakon Watak Utama ‘Earthbending’

Tapi yang paling menarik perhatian sudah tentunya watak utama yang menguasai elemen Bumi iaitu Toph.

Pencarian pelakon bagi watak itu sudah pun dibuat dan Netflix telah mengumumkan bahawa mereka telah menemui pelakon yang sesuai untuk watak utama earthbender itu.

Secara eksklusif di acara Netflix Geeked Week 2024, mereka mengumumkan pelakon bernama Miya Cech akan membawakan watak sebagai Toph, seorang ahli earthbender.

Cech atau nama penuh pertamanya Miyako, ialah seorang pelakon yang telah muncul dalam Beef, Young Rock dan The Santa Clauses, serta dalam filem You Are So Not Invited to My Bat Mitzvah.

toph miya cech
Miyako bukanlah pendatang baru dalam industri hiburan ini.

Bagi peminat baharu Avatar: The Last Airbender, Toph Beifong merupakan antara watak penting dalam pengembaraan Aang dan rakan-rakannya.

Toph Beifong walaupun dilahirkan buta sejak lahir, tapi dia adalah seorang ahli earthbender yang paling berkuasa pada zamannya yang turut melatih Avatar Aang menguasai teknik earthbending.

Malah dia juga adalah pencipta teknik metalbending.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Netflix Acah Kelibat 'Chopper' Untuk One Piece Musim Ke-2

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY