Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
password

Berhenti Guna “123456”, Ini Petua Cipta ‘Password’ Paling Selamat

Diterbitkan Mei 10, 2022 ยท Dikemas kini September 15, 2022 oleh Nadiah Ab

Keselamatan siber dan maklumat peribadi dalam talian adalah sangat penting dan wajib kita jaga terutama sekali “password” atau kata laluan.

Menurut Google, kata laluan yang paling biasa digunakan pada tahun 2021 adalah “123456”.

Mungkin perkara ini sering dipandang remeh, tetapi janganlah sudah terhantuk baru terngadah.

Jadi, berikut adalah 10 petua untuk mencipta dan melindungi password dan akaun dalam talian anda:

Petua untuk mencipta dan melindungi ‘password’

  1. Cipta kata laluan unik dan jangan gunakan semula kata laluan yang sama merentasi laman sesawang.
  2. Cipta kata laluan sekurang-kurangnya 12 aksara panjang.
  3. Gunakan gabungan aksara – gabungan huruf kecil dan besar, nombor dan simbol.
  4. Cipta kata laluan kreatif dan jangan gunakan maklumat peribadi atau maklumat yang mungkin atau senang diketahui oleh orang lain.
  5. Rahsiakan kata laluan anda.
  6. Gunakan alat pengurus kata laluan untuk membantu mencipta, mengingati dan mengurus semua kata laluan.
  7. Kemas kini kata laluan dengan kerap.
  8. Sentiasa lakukan semakan kata laluan.
  9. Sediakan maklumat pemulihan, yang membantu masuk semula ke akaun sekiranya ada pihak memperoleh kata laluan anda.
  10. Dapatkan perlindungan tambahan dengan menggunakan pengesahan 2 langkah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siaran akhbar Google

Berkaitan

  • Cara Untuk Gabungkan Nombor Telefon Yang Sama Android
  • Cara Mengesan Peranti Bluetooth Yang Tersembunyi atau Tercicir
  • Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY