Berhati-Hati Ketika Menonton Video di Facebook Selepas Ini

Facebook baru sahaja mengumumkan beberapa ciri baru untuk tontonan video di Facebook. Antara ciri-ciri yang diumumkan adalah: video auto-play yang terus memainkan audio, berbeza dengan hari ini dimana anda perlu menyentuh pada video tersebut untuk mendengar audio.

Antara penambah-baikkan yang lain adalah seperti potret tontonan video akan bertambah baik, dan yang paling terbaru Mark Zuckerberg turut mengumumkan pelancaran Facebook Video App untuk platform TV seperti Apple TV, Amazon Fire TV dan Samsung Smart TV supaya anda boleh menonton Facebook Video di skrin besar.

Video auto-play dalam aplikasi Facebook kini akan dimainkan bersama bunyi secara automatik. Jadi jika anda nampak video yang tidak sesuai untuk didengari oleh orang sekeliling, anda perlu scroll  ke bawah dengan pantas ke post seterusnya atau sentuh sekali pada video tersebut untuk fungsi mute. Facebook juga menjanjikan ciri ini tidak akan berfungsi apabila peranti berada dalam mod silent atau vibrate.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=TKtwn8ENHgc[/embed]

Sumber