Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Boleh Mengawal Samsung S8 di Skrin Monitor Menggunakan Samsung DEX

Pengguna Boleh Mengawal Samsung S8 di Skrin Monitor Menggunakan Samsung DEX

Diterbitkan Mac 30, 2017 · Dikemas kini Mac 30, 2017 oleh Haikel Areff

Semasa acara pelancaran Samsung S8 awal pagi ini, Samsung juga mempersembahkan Samsung DEX, sebuah dock yang boleh menyambungkan telefon S8 ke skrin monitor. DeX yang bermaksud Desktop Experience ini mempunyai dua port USB-A, port Ethernet, port USB-C, dan port HDMI. Dilaporkan kelajuan port Ethernet ialah 100Mbps.

samsung_dex_galaxy_s8_dock_07_thumb800

Samsung berkata pada acara yang sama mereka telah mengubahsuai sistem operasi Nougat 7.0 untuk penyesuaian yang maksima di paparan skrin monitor yang lebih besar. Mereka turut memperlihatkan antara-muka di skrin monitor apabila Samsung S8 diletakkan di dock DEX semasa acara tersebut. Pada pandangan saya, UI yang dipamerkan sangat ringkas. Macam Window tapi ikon bulat-bulat macam Android.

Suzanne De silva dan John Wong turut menunjukkan bagaimana menjalankan tugas di Power Point dengan DEX menggunakan papan kekunci dan tetikus seperti menggunakan PC. Samsung berkerjasama dengan Microsoft untuk mengoptimumkan aplikasi seperti Word, PowerPoint dan Excel. Harga masih belum diumumkan tetapi ianya dijangka akan dijual pada RM700-RM900.

12

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY