Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini

Dalam banyak-banyak penawaran telefon pintar di Malaysia, siri Redmi Note boleh dikatakan antara siri yang berjaya menarik perhatian ramai terutama sekali sejak pengenalan Redmi Note 3 beberapa tahun lalu.

Menuruti dari satu model ke satu model dalam siri tersebut, ia sentiasa mewarisi ciri sebuah peranti dengan spesifikasi baik setara dengan harga jualan. Bagi pertaruhan kali ini, DNA sama diberikan pada Redmi Note 8 Pro dimana ia dilengkapi dengan cip pemproses yang dibangunkan eksklusif untuk peminat tegar permainan mudah alih, MediaTek Helio G90T) disamping ketibaan lensa 64MP dalam pasaran pertengahan Malaysia.



Dijual pada tanda harga RM1099, adakah ia pelaburan yang berbaloi untuk anda? Mari kita kupas satu persatu.

1. Pasaran luar China pertama yang menerima Redmi Note 8 Pro

Buat pengetahuan anda semua, Xiaomi sedia melancarkan Redmi Note 8 Pro pada penghujung Ogos yang lalu. Ia tidak menunggu lama untuk hadir ke Malaysia dimana sekitar Oktober, pelancaran rasmi bagi pasaran tempatan dilangsungkan.



Ini adalah inisiatif daripada Xiaomi Malaysia dalam mempercepatkan penawaran, lebih-lebih lagi setelah mendapat reaksi positif daripada peminat tempatan mengenai Redmi Note 8 Pro.

2. DNA Xiaomi masih mengalir dalam Redmi Note 8 Pro

Seperti kebiasaan, Xiaomi cukup sinonim dengan spesifikasi sepadan dengan harga. Komponen yang dimuatkan pada Redmi Note 8 cukup-cukup rasa dan bersesuaian dengan cara penggunaan peminat masa kini.



Rata-rata daripada kita sudah berpuas hati dengan keluaran terdahulu iaitu Redmi Note 7 dan kali ini, keterujaan pasti bertambah dengan kehadiran Redmi Note 8 Pro yang mana DNA Xiaomi masih mengalir padanya iaitu "harga murah dengan spesifikasi baik".

3. Menarik sangat ke Redmi Note 8 Pro?

Kami himpunkan beberapa ciri yang kami rasakan menarik dan anda cuba nilaikan sendiri.

Pertama sekali, peranti ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 di kedua-dua bahagian depan dan belakang. Ini adalah untuk memastikan ia lebih lasak demi menjaga ciri-ciri estetik yang diberikan pada peranti.



Menguatkan lagi penawaran ialah binaan yang selesa serta kukuh, menjadikannya sesuai untuk semua lapisan pengguna. Sama ada anda pengguna yang cuai dan kerap kali terjatuh, Redmi Note 8 Pro sedia menghadapinya. Walaupunbegitu, ia bukanlah tiket untuk anda melemparnya ke dinding.

Pada pembesar suara bawah juga terdapat ciri peniup yang berfungsi membersihkan ruang tersebut dari didiami habuk dan bendasing. Ini sekaligus memberikan pengalaman audio lebih baik dalam jangka masa lama.



Bagi menyempurnakan rekaan ini, Xiaomi menyediakan Redmi Note 8 Pro dengan skrin paparan yang mampu menjaga keselesaan mata dan ia telah diiktiraf oleh TUV Rheinland. Menerusinya, ia mampu menapis sinaran biru yang dikeluarkan telefon pintar dari merosakkan mata anda.



Membawa nama sebagai telefon pintar pertama dengan kamera 64MP di pasaran Malaysia, hasil gambarnya mengekalkan perincian yang baik, julat dinamik yang tinggi dan sudah cukup untuk memuaskan halwa mata si pengguna.



Lensa utama tersebut ditambah lagi dengan barisan lensa 8MP ultra lebar yang mampu merakam sehingga 120 darjah, 2MP bagi memperelok rakaman bokeh serta 2MP makro untuk keupayaan rakaman jarak dekat.

Seterusnya perkara yang dititikberatkan ramai pengguna adalah ketahanan bateri. Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh, penggunaan secara ringan boleh mencecah hari kedua. Namun jika dibantai secara terus menerus seperti menjalankan permainan mudah alih berat dan lain-lain, anda boleh jangkakan kuasa bateri bertahan sekitar 4 jam 30 minit ke 5 jam.

Untuk memenuhkan bateri, pengecasan pantas Pump Express 18W digunapakai dan ia mengambil masa hampir 2 jam untuk tahap 0% ke 100%. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0+.

Seperkara lagi tentang Redmi Note 8 Pro adalah ciri audio yang lantang, mampu memeriahkan saat melepak bersama rakan-rakan.Sekarang, apa pendapat anda?

Redmi Note 8 Pro vs realme XT

Anda pasti sudah maklum, pasaran dalam negara tersedia dengan beberapa penawaran peranti bersama kuad kamera 64MP. Setelah pengenalan Redmi Note 8 Pro, realme XT pula menyusul dan anda mungkin keliru peranti mana yang harus disambar.

Kalau dibandingkan, masing-masing mempunyai daya penarik yang tersendiri. Secara ringkasnya, pengalaman penggunaan untuk kedua-dua peranti menunjukkan prestasi baik. Namun begitu, masih ada perbezaan antara dua model ini.

Binaan menawan Redmi Note 8 Pro dan realme XT dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 pada panel depan dan belakang. Namun dari segi pegangan tangan dalam tempoh masa panjang, Redmi Note 8 Pro lebih selesa digunakan kerana sisinya melengkung rata pada bingkai besi ditepi. Sementara itu, kerangka bingkai pada realme XT pula hanyalah daripada plastik.



Dari segi kombinasi memori pula, Redmi Note 8 Pro ditawarkan dengan RAM 6GB beserta storan 64GB sementara realme XT mempunyai RAM 8GB bersama ruang simpanan 128GB. Bahagian ini mungkin lebih memihak kepada realme XT, namun penggunaan biasa sudah mencukupi pada RAM 4GB. Tetapi kalau ada lebih seperti RAM6GB dan 8GB yang murah, tiada masalah pun.

Rata-rata daripada kita juga agak skeptikal bilamana menyebut cip pemproses MediaTek, namun cipĀ  Helio G90T dari mereka ini dibangun dengan menyasarkan permainan mudah alih.

Kapsyen: Markah berdasarkan penanda aras Antutu


Kedua-dua peranti dilengkapkan dengan kuad kamera yang mempertaruhkan lensa 64MP.



Kami himpunkan beberapa sampel gambar dan anda nilaikan sendiri hasilnya.



 



 



 



 



 



Tidak dilupakan juga dengan kapasiti bateri yang dimuatkan. Kita kadangkala sibuk dengan pelbagai tugasan dan sudah pastinya bateri 4500mAh dari Redmi Note 8 Pro amat ditagih berbanding realme XT dengan hanya 4000mAh.

Satu lagi perbezaan ketara antara dua buah model ini adalah harga jualan rasmi dimana Redmi Note 8 Pro dijual pada harga RM1099 sementara realme XT pula pada RM1399. Ya, perbezaan jauh ini mungkin disebabkan konfigurasi memori yang disediakan dan terpulangkan kepada penilaian anda, jurang harga itu berbaloi untuk dibelanjakan atau tidak.

Jika dituruti setiap bingkisan diatas, pada harga RM1099 anda sudah berjaya memiliki sebuah peranti yang cukup sifatnya disertakan dengan harga jualan yang cukup kompetitif untuk pasaran peranti pertengahan. Sekarang mungkin anda sudah mempunyai jawapan bukan?



Bagi yang berminat untuk melihat lebih dekat Redmi Note 8 Pro boleh lawati laman rasmi Xiaomi Malaysia dan untuk dapatkannya boleh kunjungi cawangan Mi Store seluruh negara atau secara dalam talian di Shopee mahupun Lazada.