Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPod nano 7th gen

Tinggal Kenangan, iPod Nano Dan Shuffle Kini Dikategorikan Produk Usang

Diterbitkan Oktober 9, 2024 · Dikemas kini Oktober 9, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini menambah model terakhir iPod nano dan iPod shuffle dalam senarai produk usang di seluruh dunia. menandakan berakhirnya era pemain audio digital itu.

Mengimbas kembali, Apple memperkenalkan pilihan warna baharu untuk iPod nano generasi ke-7 dan iPod shuffle generasi ke-4 pada 2015, dan menghentikan pengeluaran sepenuhnya pada 2017.

Tinggal Kenangan, iPod Nano Dan Shuffle Kini Dikategorikan Produk Usang
iPod nano (generasi ke-7)
Tinggal Kenangan, iPod Nano Dan Shuffle Kini Dikategorikan Produk Usang
iPod shuffle (generasi ke-4)

Buat pengetahuan, produk Apple akan dianggap “usang” setelah syarikat berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada 7 tahun. Setelah peranti usang, ia tidak lagi layak untuk dibaiki di Apple Store atau Pembekal Perkhidmatan Sah Apple (AASP), dengan satu-satunya pengecualian ialah penggantian bateri MacBook sehingga tempoh 10 tahun.

Selain iPod, Apple juga menambah iPhone 6 dalam senarai produk usang. Pada April, syarikat itu telah pun mengklasifikasikan iPhone 6 Plus sebagai usang. Sementara model MacBook 12-inci 2017 dan iPad generasi ke-6 kini dikategorikan sebagai produk vintaj.

Berkaitan

  • iPod Nano Generasi Ke-7 Bakal Berstatus Produk Vintaj Dan Lapuk
  • iPhone Pertama Dengan Touch ID Kini Disenaraikan Produk Usang
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Apple Tambah 12 Model Mac Dalam Senarai Produk Vintaj Dan Usang

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY