Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
belkin power bank

Belkin Lancar Bank Kuasa Dengan Teknologi Pengecasan Wayarles Qi2, Tapi Hanya Dijual Di Stor Apple

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh ariff bukhari

Belkin telah mengumumkan ketersediaan Bank Kuasa Magnetik BoostCharge Pro yang dibina dengan teknologi pengecasan tanpa wayar Qi2.

Bank kuasa ini telah pun didedahkan pada awal tahun ini di mana barisan bank kuasa Qi2 Belkin memberikan kuasa pengecasan pantas wayarles sehingga 15W untuk model iPhone 12 dan kemudiannya.

Ia direka bentuk dengan kaki bersepadu untuk menopang telefon semasa menstrim, membaca atau bersembang, dan berfungsi dengan sarung magnet dan MagSafe sehingga 3mm tebal.

Ia direka bentuk untuk dipadan dengan sempurna pada bahagian belakang iPhone tanpa menghalang kamera.

Belkin BoostCharge Pro Magnetic Power Bank
Menawarkan sehingga 16 jam hayat bateri tambahan bagi model 5K dan sehingga 35 jam bagi model 10K
Belkin BoostCharge Pro Magnetic Power Bank

Ia tersedia untuk dipesan dalam pilihan 5K dan 10K, serta dalam lima warna baharu –cyber lime, sand, merah jambu, biru, dan emas.

Walau bagaimanapun, pilihan warna emas eksklusif tersedia untuk pasaran Eropah sahaja.

belkin power bank

Malah, Belkin BoostCharge Pro Magnetic Power Bank 5K ini hanya dijual secara eksklusif di stor Apple.com dan peruncit Apple terpilih sahaja di seluruh dunia.

Semakan di laman stor Apple Malaysia pula mendapati, hanya varian Belkin BoostCharge Pro Magnetic Power Bank 5K sahaja yang tersedia dan hanya dalam pilihan warna hijau dan hitam sahaja, yang dijual pada harga RM359.

Tapi, anda boleh juga membeli model bank kuasa Belkin yang hampir sama seperti Belkin Disney Series BoostCharge Magnetic Wireless Power Bank 5K yang hanya berharga RM298 sahaja pada 7 Julai 2024 nanti.

belkin power bank

Beli pelbagai produk Belkin yang lain dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllclle
  • Lazada – https://invol.co/cllcllg

Berkaitan

  • Kabel Pengecas Asli iPhone Didapati Lebih Baik Berbanding Samsung, Belkin, Anker Dan Lain-Lain
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Belkin, Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY