Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beli Laptop Dan Dapatkan Jam Tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad

Beli Laptop Dan Dapatkan Jam Tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad

Diterbitkan Mac 1, 2018 oleh Helmi Samsuri

Asus membawakan satu promosi istimewa kepada rakyat Malaysia dimana pembelian gaming laptop ROG membolehkan si pembeli mendapatkan hadiah menarik berupa jam tangan G-Shock ROG.

Jam tangan edisi terhad itu tidak dijual dalam negara tetapi dijadikan hadiah kepada promosi yang bermula hari ini, 1 Mac 2018 sehingga 25 April 2018 nanti.

Beli Laptop Dan Dapatkan Jam Tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad

Terdapat dua promosi untuk mendapatkan jam tangan berkenaan, pertama adalah dengan cara  “beli dan tebus” dimana 100 unit disediakan sebagai hadiah sekiranya anda membeli laptop GL503 Scar Edition, GL703, GL703 Scar Edition, GX501, atau G703 di beberapa pengedar ROG terpilih.

Pembeli perlu menyimpan resit pembelian dan mengisi borang tebus untuk mendapatkan jam tangan tersebut.

Beli Laptop Dan Dapatkan Jam Tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad

Satu lagi cara adalah dengan membeli laptop  GL553VD, GL553VE, atau GL503 Hero Edition dan mencuba nasib menerusi cabutan bertuah untuk merebut 16 unit jam tangan. Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan sekali seminggu.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY