Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Promotion

Beli Komputer Riba MSI, Percuma 3 ‘Game’

Diterbitkan Julai 4, 2022 oleh Firdaus

MSI dengan kerjasama AMD telah menawarkan satu promosi baharu buat pengguna dan peminat jenama ini di luar sana. Pengguna berpeluang untuk mendapatkan hingga 3 game percuma – Sniper Elite 5, Saints Row dan Evil Genius 2.

Hanya dengan pembelian komputer riba MSI dengan sistem yang dikuasakan oleh kad grafik Siri AMD Radeon RX 6000 terpilih. Butiran promosi MSI ini adalah seperti di bawah:

  • Tarikh promosi: 21 Jun 2022 – 13 Ogos 2022
  • Tarikh penebusan game: 21 Jun 2022 – 13 September 2022
  • Maklumat Promosi: Dapat hingga 3 games percuma jika anda membeli komputer riba dengan kad grafik siri AMD Radeon RX 6000 yang terpilih.
  • Produk yang layak: MSI Delta 15 dan MSI Alpha 15.

Untuk komputer riba MSI Alpha 15, anda boleh membeli dengan harga RM5,399. Manakala, MSI Delta 15 telah menurun harganya daripada RM6,999 kepada harga baharu, RM6,499.

Anda boleh melawat pautan ini untuk membaca maklumat lanjut.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY