Beli Honor 7s Hari Ini Dan Dapatkan Kad Mikro SD Bernilai RM40 Secara Percuma

Mahu beli telefon pintar kelas bajet hari ini? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Honor 7S.

Peranti ini pertama kali dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung Jun yang lepas, kini ditawarkan dengan dengan hadiah percuma berupa kad Mikro SD SanDisk Ultra 32GB bernilai RM40.

Promosi ini dijalankan eksklusif untuk jualan di gedung dalam talian rasmi Honor Malaysia di Lazada untuk hari ini sahaja (9 Julai 2018) selagi stok masih ada.



Dijual pada tanda harga RM379, anda boleh menyelami lebih mendalam mengenai peranti ini di pautan berikut - Lebih Nilai Dengan Teknologi FullView, Tawaran Terbaru Dari Honor 7S.

Beli Honor 7S dari Lazada