Telefon pintar dengan kamera dwi-lensa ini ditawarkan secara pra tempah atas talian bermula hari ini dimulai dengan harga RM1199. Untuk pasaran tempatan, terdapat dua versi iaitu RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB dan RAM 4GB bergandingan dengan storan dalaman 64GB. Harga jualan untuk model 4GB adalah RM1399.
Dibina berasaskan model Honor 5X tetapi dengan fungsi yang lebih baik termasuk sensor dwi kamera. Antara spesifikasi ringkas Honor 6X adalah, skrin paparan 5.5 inci dengan paparan definisi tinggi, cip pemproses Kirin 655 8-teras berkelajuan 2.1 GHz, dwi kamera utama yang masing-masing beresolusi 12megapiksel dan 2 megapiksel, kamera swafoto 8 megapiksel, bateri berkapasiti 3340 mAh dan pengimbas cap jari di bawah lensa kamera utama.
Versi RAM 3GB/32GB sudah boleh mula dipra tempah hari ini, manakala versi RAM 4GB/ 64GB akan hadir pada 6 Mac 2017 nanti. 50 pra tempah terawal yang dibuat di Lazada akan menerima hadiah eksklusif seperti fon telinga Honor Turbine, casing, dan baucar.
Sumber: Honor Malaysia, Lowyat.Net
Berkaitan
- Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia
- Kacamata Ini Bantu OKU Penglihatan "Melihat" Dunia
- Facebook Giat Membangunkan Permainan Video
- Dahulu Beliau Disanjung Kerana Hentikan Virus WannaCry, Kini Beliau Ditahan FBI Atas Tuduhan Menyebar Virus Kronos
- Khabar Angin - Pengeluaran Samsung S8 Mini Mungkin Dibatalkan Atas Alasan Masalah Pengeluaran Skrin Paparan
- Adobe Perkenalkan Aplikasi Photoshop Camera Dikuasakan Oleh AI
- Jualan Gudang Switch - iPhone, iPad Dan MacBook Mendapat Potongan Harga
- Ini Mungkin Pembaharuan Yang Akan Dibawa Pada iPhone 11
- AMD Perkenal Radeon VII - GPU 7nm Pertama Didunia
- Apple Patenkan Rekaan Pad Sesentuh Lebih Besar Daripada Biasa