Lebih Nilai Dengan Teknologi FullView, Tawaran Terbaru Dari Honor 7S

Honor Malaysia harini telah memperkenalkan penawaran terbaru dari mereka, honor 7S. Peranti yang berada pada kelas permulaan ini hadir dengan teknologi FullView Display, Super Receiver Mode dan bateri berkapasiti 3,020 mAh pada harga pasaran RM 379.



Menurut Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhiwei, honor komited dalam memberikan pilihan peranti berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Honor 7S merupakan contoh terbarik untuk pengguna menikmati fungsi terkini tanpa bajet yang besar.

FullView Display

honor 7S menampilkan skrin paparan 5.45-inci dengan nisbah 18:9 yang menyerlahkan paparan HD+ penuh di tangan pengguna. Dengan skrin paparan yang luas, pengalaman menonton video atau melihat gambar, bermain permainan di peranti dan mahupun melayari laman media sosial menjadi lebih bermakna.

Swafoto Secara Profesional

Peranti honor 7S dilengkapi selfie toning flash yang berubah-ubah mengikut keperluan cahaya semasa mengambil gambar swafoto. Lensa 13MP untuk sistem kamera utama ditambah dengan lensa 5MP untuk kamera hadapan yang mempunyai ciri soft lights membolehkan gambar diambil walau dalam situasi kurang cahaya.

Fungsi HDR yang ada di dalam honor 7S memberikan jarak dinamik dan butiran jelas di dalam gambar. Mod panorama dan art filters memberikan lebih keseronokan dan versatiliti semasa sesi fotografi.

Super Receiver Mode

Fungsi ini memberikan kelebihan kepada pengguna terutamanya dalam suasana bising kerana mod ini dapat menangkap bunyi yang lebih luas menggunakan mikrofon seterusnya menghasilkan bunyi yang lebih jelas. Mod ini jelas memberikan kelebihan kepada mereka yang selalu berkaraoke menggunakan telefon pintar mereka.



honor 7S berada dalam dua pilihan warna iaitu Emas atau Hitam dan boleh dibeli secara eksklusif di atas talian. Peranti ini akan mula dijual bermula 27 Jun 2018 dengan harga jualan sebanyak RM 379. Untuk 500 pembeli pertama akan mendapat selfie stick dari hihonor atau kad micro SD 32GB dari Lazada.



Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi honor Malaysia dan kedai rasmi honor Lazada.