Sejak kebelakangan ini, banyak laporan yang dikaitkan dengan peranti Samsung Galaxy S22 Ultra kerana ia menawarkan rekaan baharu, ada slot S Pen, modul kamera yang unik dan mungkin menjadi pengganti siri Note.
Terbaru, terdapat maklumat berkaitan dua lagi siri tersebut – Galaxy S22 dan Galaxy S22 Plus. Menurut Super Roader, bekas pekerja Samsung mendakwa Galaxy S22 dan S22 Plus masih lagi kekalkan rekaan yang hampir sama dengan Galaxy S21.
Jika dilihat, strategi Samsung agak berbeza kerana mereka sering menampilkan rekaan baharu pada perantinya. Mungkin atas faktor kos, mereka akan kekalkan beberapa aspek.
Galaxy S22 mungkin dilengkapi skrin berukuran 6.06 inci, sementara model plus pula 6.55 inci. Manakala resolusi dan kadar segar semula masih sama – FHD+ dan 120Hz. Namun, bezel padanya lebih simetri membuatkan peranti ini hadir dengan paparan lebih luas.
Sebenarnya, maklumat yang dikongsikan ini selari yang didedahkan Ice Universe mahupun OnLeaks dan 91Mobiles. Misalnya adalah peranti Samsung bersaiz “mini” dan juga paparan yang hampir tiada bezel.
Bagaimanapun, masih belum diketahui adakah Galaxy S22 dan S22 Plus mempunyai kecerahan sehingga 1500 nits seperti mana yang dilaporkan untuk Galaxy S22 Ultra.
Walau apa pun, siri Samsung Galaxy S22 dijangka akan rasmi dilancarkan sekitar Februari tahun hadapan yang mana sedikit lewat berbanding barisan Galaxy S21.
Sumber: Letsgodigital
Baca juga:
-
Imej Komputer Samsung Galaxy Tab S8 Ultra Dikongsi, Bezel Nipis Tapi Ada Takuk
-
Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition – Pilih Warna Telefon Ikut Cita Rasa Sendiri
-
Mungkin Benar Rekaan Galaxy S22 Ultra, Imej ‘Case’ Telefon Itu Didedahkan