Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s22 ultra leaked 3 (2)

Galaxy S22 Ultra Mungkin Akan Ada Paparan 1500 nits

Diterbitkan Oktober 29, 2021 · Dikemas kini Oktober 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Berbaki dua bulan lagi, siri andalan Galaxy S22 (S22 Plus, S22 Ultra) dijangka akan diperkenalkan awal tahun depan dengan banyak khabar angin berkenaannya semakin kencang diuar-uarkan.

s22 ultra leaked 2

Ice Universe melaporkan bahawa selain ia akan menjadi peranti saiz terbesar dalam siri ini, Galaxy S22 Ultra juga akan menjadi telefon pintar dengan kecerahan skrin tertinggi dalam pasaran, mengatasi Galaxy S21 Ultra yang mempunyai kecerahan sehingga 1500 nits.

Malah, perkara tersebut juga pernah dilaporkan sebelum ini yang mana Samsung akan menawarkan paparan OLED yang mampu mencapai kecerahan sebegitu.

s22 ultra leaked green

Antara spesifikasi lain yang didedahkan:

  • Skrin Dynamic AMOLED melengkung bersaiz 6.8 inci dengan ‘punch-hole’
  • Resolusi skrin 3,200 x 1440 pixel atau QHD+
  • Nisbah 20:9
  • Kadar segaran 120Hz
  • Sokong S Pen
  • Kamera utama 108 MP, 10 MP periskop, 10 MP telefoto, 12 MP ultra lebar
  • Bateri sebesar 5,000 mAh dengan pengecasan 25W
  • OneUI 4 dengan Android 12

s22 ultra leaked 4

Dengan ciri-ciri yang diadaptasi dari siri Note seperti sokongan S Pen, ini menguatkan lagi pengakhiran siri Note dengan Galaxy Note 20 tahun lalu.

Sumber: LetsGoDigital, Ice Universe

Baca juga:

  • Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada ‘Meta’
  • Jam Tangan “Facebook” Meta Diperlihatkan, Mungkin Jadi Pesaing Apple
  • Ini Sebab Kenapa Telefon Ini Menjadi Peranti Pilihan Golongan Profesional

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY