Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Spesifikasi Rasmi Samsung Galaxy S21 Dan Galaxy S21+

Siri Samsung Galaxy S22 Mungkin Akan Ada Saiz Mini

Diterbitkan September 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika dilihat pasaran telefon pintar sekarang, tidak banyak peranti yang dijual dengan model bersaiz kompak. Semakin hari, semakin besar saiz skrin yang juga seiring dengan saiz peranti.

Bagaimanapun, Ice Universe mengkhabarkan bahawa siri Galaxy S22 akan mempunyai bateri yang kecil berbanding terdahulu. Ia disebabkan Samsung mungkin mahu menawarkan telefon bersaiz kecil atau ‘mini’ versi mereka.

The S22 battery has only 3700mAh. Yes, it's true.
But S22 is Samsung's smallest flagship phone in recent years. Its length, width and thickness are a little smaller than iPhone 13. I like such a small phone and I will definitely buy it. pic.twitter.com/BGADgJ2POO

— I'm back! (@UniverseIce) September 17, 2021

Tambah beliau, paparan Galaxy S22 model standard mempunyai skrin berukuran 6.06 inci dimana ia besar daripada iPhone 13 mini dan kecil daripada iPhone 13.

Siri Samsung Galaxy S22 Mungkin Akan Ada Saiz Mini
iPhone 13 mini

Sekiranya benar, ia merupakan satu khabar gembira buat peminat telefon yang bersaiz kompak dan sedap dipegang hanya sebelah tangan. Seperti yang dinyatakan tadi, bateri yang kecil itu adalah sebesar 3700mAh dan ia kurang sedikit berbanding Galaxy S21 – 4000mAh.

Walau apa pun, Apple dijangka tidak lagi menawarkan iPhone versi mini kerana kurang sambutan. Adakah Samsung akan berjaya dengan strategi ini nanti? Telefon berkelas andalan dalam pakej yang kecil?

Sumber: ice universe

Baca juga:

  • Samsung Galaxy Tab S7 FE Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1899
  • Mungkin Samsung Akan Tawar Kamera 108MP Untuk Siri Galaxy A Nanti
  • Samsung Galaxy Flip 3, Buat Kami Terkenang Phone Lipat Dulu-Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY