Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S22 Ultra

Gambaran Awal Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Diterbitkan September 27, 2021 · Dikemas kini September 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri Samsung Galaxy A serta telefon lipat baharu telah pun diperkenalkan. Kini, cerita tentang siri Galaxy S22 pula mula muncul di arena web.

Berdasarkan laporan terbaru daripada OnLeaks yang memang terkenal dalam berkongsikan imej komputer peranti baharu telah memperlihatkan gambaran awal bagi Galaxy S22 Ultra.

Gambaran Awal Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Melaluinya, dua perkara utama yang dapat dilihat. Pertama, rekaan luarannya tampil sedikit berbeza berbanding terdahulu. Ini kerana sekilas pandang ia mirip siri Galaxy Note.

Selain itu, pada Galaxy S22 Ultra itu juga terdapat S Pen yang terbina. Secara tidak langsung, ia menguatkan lagi spekulasi siri Galaxy Note tidak akan dilancarkan pada masa hadapan walaupun ada khabar angin mengatakan Galaxy Note 21 adalah peranti akhir dalam keluarga ini.

Gambaran Awal Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Gambaran Awal Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Kedua, modul kameranya sedikit unik kerana berbentuk “P”. Namun, Ice Universe mempunyai maklumat sedikit berbeza dengan OnLeaks dimana bentuk “P” tadi diasingkan.

Tambahnya, Samsung mempunyai dua prototaip yang sedang dibangunkan. Mungkin salah satunya bakal digunakan nanti. Apa pun, dijangka rekaan sebegitu benar kerana siri Galaxy S21 sebelum ini juga tepat.

Sumber: OnLeaks

Baca juga:

  • Ini Senarai Peranti Samsung Yang Dijangka Terima One UI 4.0 Berasaskan Android 12
  • Mungkin Ini Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 2021, Dijangka Tiba Oktober Ini
  • Ini Sebab Kenapa Ramai Yang ‘Kecewa’ Dengan iPadOS 15

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY