Foodpanda kini telah memperkenalkan program Bekal by foodpanda. Bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021, program yang masih dalam fasa percubaan atau ‘pilot’ ini akan dilancarkan di zon Putrajaya Halal terlebih dahulu.
Menurut info, apa yang membezakan rider sedia ada dan rider Bekal adalah dari segi perkhidmatan yang ditawarkan, di mana hanya pesanan daripada vendor makanan yang mempunyai pensijilan halal akan dihantar oleh rider Bekal.
Sementara itu, pesanan makanan oleh pengguna masih boleh dilakukan seperti biasa melalui aplikasi atau laman web foodpanda.
Buat masa ini, hanya rider Bekal yang terpilih akan bekerja di zon Putrajaya Halal selama tempoh tersebut. Perkhidmatan ini mungkin akan diperluaskan ke tempat-tempat lain setelah tamat tempoh percubaan tersebut.