Platfom e-dagang Shopee ada menawarkan perkhidmatan khusus kepada para peminjam PTPTN untuk membuat pembayaran pinjaman pendidikan mereka kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jalinan kerjasama di antara PTPTN dan rakan strategik ini adalah jalinan kerjasama kedua pihak sejak tahun 2021 lagi dalam usaha untuk menggalakkan pelanggan PTPTN menggunakan transaksi tanpa tunai serta sebagai pemudah cara bagi membantu peminjam PTPTN membuat bayaran secara dalam talian.
Jadi di sini dikongsikan cara membuat pembayaran PTPTN terus dari telefon pintar anda melalui aplikasi Shopee.
1. Buka aplikasi Shopee di telefon pintar anda.
2. Tekan pilihan Deals, Top-Ups & Bills. Kemudian di dalam kategori Bills, pilih PTPTN.
3. Seterusnya, pilih sama ada anda mahu buat bayaran balik PTPTN atau membuat simpanan pendidikan SSPN-i atau SSPN-i Plus.
4. Isikan nombor kad pengenalan pada ruang kosong dan tekan butang Check Account untuk semakan akaun anda.
5. Pilih akaun dan masukkan jumlah bayaran yang hendak dibuat. Minimum wang pembayaran adalah berjumlah RM10.00. Maksimum jumlah pembayaran pula adalah sebanyak RM999.00. Caj perkhidmatan RM1.00 akan dimasukkan dalam semak keluar (checkout) nanti. Sila rujuk rajah di bawah.
6. Pilih dan sahkan kaedah pembayaran sama ada menggunakan kad kredit / kad debit, bayaran secara tunai di kedai 7-Eleven, perbankan online (FPX) atau, ShopeePay. Kemudian tekan butang Pay Now.
7. Selepas pembayaran dibuat, transaksi tadi akan diproses oleh PTPTN yang akan mengambil masa selama 3 hari waktu bekerja.
Anda boleh menyemak perincian transaksi dengan menekan butang View Order Details.
8. Tekan pada butang Order Received dan tekan Download My Receipt bagi melihat resit pembayaran di dalam aplikasi Shopee.
9. Anda boleh membuat pembayaran PTPTN / SSPN melalui Shopee berulang kali. Anda hanya perlu tekan butang Pay Another Bill untuk membuat pembayaran PTPTN / SSPN yang lain.
Untuk makluman anda, PTPTN kini sedang mengadakan kempen Click, Pay & Earn 2022 kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman menggunakan aplikasi ShopeePay, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay).
Kempen yang bermula sejak 8 Februari 2022 dan akan berakhir pada 30 April 2022 ini menawarkan baucar diskaun RM 5 kepada pengguna aplikasi Shopee tertakluk kepada 30 pengguna terawal setiap hari bagi bayaran pinjaman dalam tempoh kempen.
Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam satu transaksi dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat ganjaran yang ditawarkan itu.
Untuk info lanjut berkaitan kempen ini, sila layari laman rasmi PTPTN.
Baca juga: