myPTPTN, Aplikasi Baharu Untuk Permudah Urusan Peminjam

Baru-baru ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN. Aplikasi ini dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Di samping itu, aplikasi ini mempunyai menyatukan semua kemudahan yang sedia ada dalam satu sistem untuk memudahkan urusan peminjam dan pelanggan. Tambahan lagi, anda boleh mengakses sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Selain itu, melalui aplikasi myPTPTN anda boleh membuat bayaran balik pinjaman, menyemak penyata bayaran pinjaman, menguruskan potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman, membuka akaun dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang merupakan peminjam atau pelanggan PTPTN, anda boleh memuat turun aplikasi myPTPTN di Play Store dan App Store.

Sumber: Bernama

Baca juga:

 

Berkaitan