Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Gambar Eksklusif Mengenai Google Pixel 3 XL Oleh XDA Developers

Beberapa Gambar Eksklusif Mengenai Google Pixel 3 XL Oleh XDA Developers

Diterbitkan Jun 9, 2018 oleh Wiser MY

Beberapa keping gambar yang dipercayai menunjukkan telefon pintar Google untuk tahun ini, Pixel 3 XL telah dikongsi di XDA Developers oleh ahli kanan mereka. Gambar-gambar tersebut mengesahkan beberapa ciri luaran yang ditiriskan sebelum ini.

Beberapa Gambar Eksklusif Mengenai Google Pixel 3 XL Oleh XDA Developers

Perkara pertama adalah takuk. Perkara ini dibincangkan sebelum ini kerana terdapat barisan kod di dalam Android P Developer Beta yang menyokong paparan yang mempunyai takuk. Memandangkan hampir kesemua telefon pintar yang diperkenalkan tahun ini mempunyai ciri ini maka tidak hairanlah Google juga memasukkan rekaan yang sama.

Terlihat juga di bawah bahagian peranti yang menampilkan ruang pembesar suara. Pixel 3 XL dipercayai hadir dengan dua pembesar suara di bahagian depan.

Beberapa Gambar Eksklusif Mengenai Google Pixel 3 XL Oleh XDA Developers

Di bahagian belakang, Pixel 3 XL masih menggunakan kamera tunggal sebagai sistem kamera utama. Nampaknya hanya Google sahaja yang masih menggunakan kamera tunggal kerana semua pengeluar lain telah menggunakan tetapan dwi-kamera untuk peranti mereka. Namun, Google Pixel 2 masih mampu menghasilkan gambar yang memukau walaupun menggunakan sistem kamera tunggal dengan bantuan algoritma kamera mereka.

Pengimbas cap jari juga diletakkan di bahagian belakang peranti. Masih tidak dapat dipastikan adakah peranti ini menyokong sistem nyahkunci menggunakan wajah 3D kerana saiz takuk yang kecil di bahagian depan.

Beberapa Gambar Eksklusif Mengenai Google Pixel 3 XL Oleh XDA Developers

Di bahagian bawah pula menampilkan port USB-C dan tidak kelihatan bicu audio di mana-mana bahagian luar peranti menandakan Google meneruskan rekaan tanpa bicu audio dari Pixel 2.

Bahan binaan peranti ini dikatakan akan menggunakan kaca dan sokongan pengecasan tanpa wayar dan menjadi peranti pertama dari Google yang menyokong fungsi tersebut.

Tinggal 4 bulan sahaja lagi sebelum Google melancarkan peranti Pixel 3 mereka bersama-sama sistem operasi Android P. Adakah Google masih mampu memberi saingan kepada Apple dari segi telefon pintar mereka?

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY