Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bateri Prototaip Ini Mampu Bertahan Sehingga Seminggu

Bateri Prototaip Ini Mampu Bertahan Sehingga Seminggu

Diterbitkan November 23, 2016 oleh Helmi Samsuri

Sekumpulan saintis dari University of Central Florida telah membangunkan sebuah bateri prototaip superkapasitor yang mampu bertahan 20 kali lebih lama dari bateri konvensional lithium-ion. Ia juga berfungsi seakan-akan bateri baru walaupun sudah dicas lebih dari 30,000 kali!

” Anda hanya perlu mengecas telefon mudah alih beberapa saat dan ia tidak perlu dicas sehingga seminggu.” ujar Nithin Choudhary, salah seorang saintis yang terlibat.

Superkapasitor mampu dicas dengan pantas kerana ia menyimpan tenaga elektrik di permukaan bahan,  dan bukannya menggunakan tindak balas kimia seperti bateri lithium-ion.

Pasukan saintis membangunkan bateri ini dengan membalut bahan logam 2D (TMDs) ke wayar nano 1D yang sangat konduktif. Balutan itu hanya setebal beberapa atom sahaja yang akan membiarkan elektron bergerak secara pantas dari teras ke cengkerang. Ini akan menghasilkan bahan yang pantas dicas dengan tenaga yang tinggi serta ketumpatan kuasa yang mudah dihasilkan.

Kajian ini bagaimanapun masih diperingkat awal lagi, dan bateri prototaip ini belum bersedia untuk dikomersilkan. Jika kajian ini berjaya, ia merupakan suatu perubahan besar dalam penghasilan telefon pintar pada masa hadapan.

Sumber: HardwareZone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY