Bateri Pixel Watch Didakwa Bertahan Selama Sehari Dan Tiada 'Fast Charging'

Sekitar dua minggu lalu, Google dalam acara I/O telah memperkenalkan beberapa ciri dan peranti terbaharu termasuklah Pixel Watch.

Ia dilihat akan menjadi pesaing Apple Watch dan Galaxy Watch memandangkan kebanyakan 'jam pintar' lain menumpukan terhadap fungsi penjejak kesihatan sahaja.

Laporan terbaru mengatakan Pixel Watch ini dilengkapi bateri sebesar 300mAh dan mampu bertahan sekitar sehari untuk sekali cas.

Akan tetapi, tidak dapat dipastikan apakah ciri paparan kekal (AOD) diaktifkan atau juga digunakan bersama penjejak tidur yang pastinya memakan bateri.

Ini bermakna ia juga mempunyai ketahanan bateri sama dengan Apple Watch yang juga sekitar sehari setengah.

Selain itu, peranti ini juga didakwa tidak menyokong pengecasan pantas walaupun menggunakan kabel USB-C ke magnetik. Dikatakan ia mengambil lebih 110 minit, lebih lama daripada masa diambil Galaxy Watch untuk pengecasan penuh.

Apa-apapun, peranti ini masih dibangunkan Google jadi masih banyak masa untuk ubah dan perbaiki jam tangan pintar pertama mereka ini.

Ia akan dijual bersama-sama waktu penjualan Pixel 7 kelak.

Baca juga: