Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel Watch Didakwa Menggunakan Cip Pemprosesan Yang Sudah Berusia 4 Tahun Lamanya

Pixel Watch Didakwa Menggunakan Cip Pemprosesan Yang Sudah Berusia 4 Tahun Lamanya

Diterbitkan Mei 17, 2022 · Dikemas kini Mei 17, 2022 oleh ariff bukhari

Google minggu lalu baru sahaja perkenalkan jam pintar pertama mereka iaitu Pixel Watch.

Pixel Watch hadir dengan rekaan bulat dan butang dan crown di tepi dan menjalankan Wear OS 3 yang dikatakan lebih baik dalam notification dan navigasi serta turut diintegrasi dengan Fitbit.

Sewaktu mengumumkannya, Google tidak menyatakan cip pemprosesan yang menguasakan jam pintar tersebut.

Tetapi kini terdapat dakwaan mengatakan Pixel Watch dikuasakan oleh cip pemprosesan yang sudah berusia hampir 4 tahun.

Cip pemprosesan itu adalah Exynos 9110 (10nm) 2 teras 1.1 Ghz dengan Mali T270 GPU yang dikeluarkan pada tahun 2018 dahulu.

Sebagai perbandingan, jam pintar Samsung Galaxy Watch yang ada di pasaran ketika ini menggunakan cip Exynos W920 (5nm) 1.18Ghz yang lebih berkuasa.

Samsung menyatakan, Exynos W920 mereka adalah 20% lebih berkuasa dan 10 kali lebih baik kuasa grafik berbanding cip terdahulu.

Jika dakwaan ini benar, sekaligus menjadikan Pixel Watch sebagai jam pintar yang ketinggalan zaman.

Untuk menyaingi jam pintar Apple Watch mahupun jam pintar lain yang ada di pasaran ketika ini pastinya jauh sekali.

Sumber: 9to5Google

Baca juga:

  • Tiga Produk Tumpuan Google I/O – Pixel 6a, Pixel 7 Dan Pixel Watch
  • YouTube Mula Terjemah Video Secara Automatik Untuk 16 Bahasa Mulai Hari Ini
  • Kaca Mata Pintar Google Terbaru Jadikan Anda Pakar Semua Bahasa

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY