Bateri iPhone Kecil? Ini Tips Untuk Menjimatkan Bateri iPhone Anda

Setelah kapasiti bateri iPhone XS, XS Max dan XR didedahkan baru-baru ini, terdapat banyak rungutan terutamanya dari pengguna iPhone berkenaan kapasitinya yang kecil. Ini memandangkan kebanyakan peranti Android sudah mula didatangkan dengan kapasiti bateri sekurang-kurangnya 3,400 mAh.

Namun, ada juga di antara kita yang sudah selesa menggunakan iPhone sehinggakan tidak mahu bertukar kepada peranti Android. Oleh itu, dalam kiriman kali ini, kami akan bantu anda untuk menjimatkan penggunaan bateri iPhone anda.

1. Kurangkan kecerahan skrin 

Paparan skrin merupakan antara pengguna kuasa bateri utama bagi sesebuah peranti. Maka, ini adalah perkara paling efektif untuk dilakukan bagi tujuan penjimatan kuasa.

2. Elakkan peranti terdedah kepada suhu yang panas

Sama seperti manusia, bateri juga akan cepat "sakit" sekiranya sering terdedah kepada suhu yang tinggi. Disebabkan kita tinggal di negara bersuhu tinggi, perkara ini perlu diambil berat oleh semua pengguna telefon pintar, termasuklah iPhone.



Menurut Apple, suhu optimum bagi peranti mereka ialah di antara 0°c ke 35°c.

3. Kemaskini perisian ke versi terkini



Pastikan anda sentiasa mengemaskini peranti iPhone anda kepada versi iOS terkini. Ini kerana, kebiasaannya kemaskini perisian iOS akan hadir dengan pengoptimuman bateri.

4. Sentiasa utamakan penggunaan Wifi berbanding data selular



Penggunaan data selular akan menggunakan tenaga bateri yang lebih besar berbanding Wifi. Oleh itu, pastikan anda mengutamakan penggunaan Wifi, walaupun ada ketika sambungan data selular anda lebih pantas jika mahu menjimatkan tenaga.

5. Cas bateri iPhone sehingga 50% sebelum meninggalkannya untuk tempoh yang lama



Sekiranya anda mahu meninggalkan iPhone anda untuk tempoh yang lama, pastikan bateri dicas pada tahap 50% terlebih dahulu dan bukannya 0% atau dicas penuh 100%.

Jika anda mengecas penuh, bateri anda mungkin akan kehilangan sebahagian kecil kapasitinya dan sekiranya dinyah-cas sepenuhnya pula, ia akan membuatkan bateri anda berada di tahap nyah-cas yang terlalu mendalam.

Walaubagaimanapun, lima tips di atas hanya merupakan antara usaha yang boleh dilakukan oleh anda sebagai pengguna iPhone sahaja dan bukanlah langkah pneyelesaian sepenuhnya bagi masalah bateri cepat habis.

Apa-apa pun, semoga kiriman kali ini dapat membantu serba sedikit dalam mempertingkatkan daya tahan bateri peranti milik anda.

 

Sumber

 

Berkaitan