Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti

Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti

Diterbitkan Mei 26, 2023 oleh ariff bukhari

Pasukan penyelidik keselamatan siber dari Sophos melaporkan penemuan aplikasi ChatGPT palsu yang memperdaya pengguna.

Akibatnya Sophos berkata, Chatbot berasaskan ChatGPT itu untuk mengecas mangsa dan membawa masuk ribuan dolar sebulan ke dalam akaun penjenayah siber.

Aplikasi-aplikasi seperti itu telah banyak muncul di Google Play dan Apple App Store.

Sophos menjelaskan, aplikasi-aplikasi seperti ini dikenali sebagai fleeceware di mana ia mendorong pengguna untuk mendaftar dalam percubaan yang percuma untuk masa singkat. Kemudia ia akan menukar kepada caj langganan berulang yang tinggi untuk meraih wang daripada pengguna yang tidak curiga.

Fleeceware ini juga memaparkan iklan-iklan yang menjengkelkan sehingga menjadikan versi percuma hampir tidak boleh digunakan yang akan mendorong pengguna melanggan aplikasi tersebut.

Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti
Contoh antara aplikasi fleeceware menyerupai fungsi ChatGPT yang telah dibuang dari Play Store.
Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti
Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti
Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti
Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti

“Fleeceware direka khusus untuk kekal dengan mematuhi seminimum mungkin apa yang dibenarkan oleh Google dan Apple dari segi perkhidmatan agar tidak melanggar peraturan keselamatan atau privasi yang ditetapkan.”

“Jadi aplikasi tersebut tidak pernah ditolak oleh stor ini semasa semakan. Walaupun Google dan Apple telah melaksanakan garis panduan baharu untuk membendung fleeceware sejak kami melaporkan pada aplikasi sedemikian pada tahun 2019 dahulu, pembangun akan mencari jalan di sekitar dasar ini, seperti mengehadkan penggunaan dan fungsi aplikasi dengan ketat melainkan pengguna membayarnya.” Sean Gallagher, Penyelidik Keselamatan Sophos.

Membuang aplikasi-aplikasi itu sahaja dari peranti tidak akan membatalkan langganan yang dibuat.

Sebaliknya anda juga perlu membatalkan langganan yang dibuat pada aplikasi tersebut.

Penyelidik Sophos menasihatkan, pengguna perlu sentiasa berwaspada dan pastikan membaca sebelum menekan butang ‘langgan’.

Berkaitan

  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • 'Fleckpe' Sasar Pengguna Android Di Indonesia, Malaysia, Singapura Dan Thailand Langgan Servis Berbayar Tanpa Sedar

Sumber: Sophos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY