Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Fleckpe’ Sasar Pengguna Android Di Indonesia, Malaysia, Singapura Dan Thailand Langgan Servis Berbayar Tanpa Sedar

‘Fleckpe’ Sasar Pengguna Android Di Indonesia, Malaysia, Singapura Dan Thailand Langgan Servis Berbayar Tanpa Sedar

Diterbitkan Mei 25, 2023 · Dikemas kini Mei 25, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Kaspersky melaporkan penemuan perisian hasad baru yang mensasarkan pengguna Google Play.

Perisian hasad yang dikenali sebagai Fleckpe itu dikesan disebarkan melalui apliaksi suntingan foto dan wallpaper.

Fleckpe bertindak mengaut keuntungan mudah dengan membuatkan pengguna Android melanggan servis berbayar tanpa disedari mangsanya.

Menjelaskan cara ia berfungsi, aplikasi yang dijangkiti Fleckpe mengandungi dropper berniat jahat yang bertanggungjawab untuk menyahsulit dan menjalankan muatan daripada aset aplikasi.

Muatan ini mewujudkan hubungan dengan pelayan arahan dan kawalan penyerang dan menghantar maklumat mengenai peranti yang dijangkiti, termasuk butiran negara dan pembawa.

Selepas itu, halaman langganan berbayar akan disediakan.

Seterusnya ia kemudian secara rahsia melancarkan pelayar sesawang dan cuba melanggan perkhidmatan berbayar bagi pihak pengguna. Jika langganan memerlukan kod pengesahan, perisian hasad itu berupaya mengakses notifikasi peranti untuk mendapatkannya.

Apa yang menariknya adalah fungsi aplikasi tersebut kekal tidak terjejas dan pengguna boleh terus mengedit foto atau menetapkan wallpaper peranti mereka tanpa menyedari bahawa ia telah dicaj untuk perkhidmatan.

‘Fleckpe’ Sasar Pengguna Android Di Indonesia, Malaysia, Singapura Dan Thailand Langgan Servis Berbayar Tanpa Sedar
Salah satu contoh aplikasi yang dijangkiti Fleckpe di Google Play.

Kaspersky mengesan perisian hasad ini menyasarkan pengguna terutamanya dari Thailand. Tetapi terdapat juga mangsa yang ditemui di Poland, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Menurut penyelidik Kaspersky, perisian hasad itu sudah menjangkiti lebih daripada 620,000 peranti di seluruh dunia sejak ia pertama kali dikesan dalam tahun 2022 lalu.

Walaupun aplikasi yang terjejas telah dialih keluar dari pasaran pada masa laporan Kaspersky diterbitkan, ada kemungkinan penjenayah siber akan terus menggunakan perisian hasad ini dalam aplikasi-aplikasi lain pula.

Ini bermakna bilangan sebenar pemasangan mungkin lebih tinggi dari apa yang dilaporkan.

Berkaitan

  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Tencent Lancar Pembayaran Guna Tapak Tangan Di China
  • BigPay Sokong Kod QR NETS Singapura Dan PromptPay Thailand

Sumber: Siaran Media Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY