Bas Shuttle Panduan Sendiri Kemalangan Selepas 2 Jam Beroperasi Di Las Vegas

Satu bas servis yang dipandu sendiri oleh komputer telah mengalami kemalangan selepas secara rasmi beroperasi selama 2 jam. Kenderaan yang membawa beberapa orang penumpang itu telah berlanggar dengan sebuah lori dalam kelajuan yang perlahan.

Polis memberitahu yang tiada penumpang yang cedera dalam kemalangan tersebut. Punca kemalangan yang berlaku itu adalah kerana kesalahan pemandu lori tersebut.

Sistem bas servis itu telah dibangunkan oleh sebuah firma Perancis dimana sistem tersebut telah diuji di bandar London. Bas tersebut menggunakan GPS dan sistem pengesanan elektronik untuk bergerak.

Bas tersebut mampu membawa 15 orang penumpang dalam satu masa dengan kelajuan maksimum mencapai sehingga 45 km/j.

Sumber