Pelayar Mozilla Firefox akhirnya mendapat wajah baru setelah bertahun-tahun cubaan bersaing dengan pelayar pilihan ramai Google Chrome.
Usaha Firefox semenjak awal tahun ini membuahkan hasil dengan antara muka kali ini dilihat lebih kemas, segar dan jelas.
Menurut Firefox, mereka ingin jadikan pelayar ini seperti ‘hilang’ ketika pengguna melayari web dengan rekaan semula terbaru ini.
Perubahan utama yang difokuskan adalah kedudukan Tab kini dilihat lebih besar dan terapung di atas toolbar. Sebabnya adalah Firefox ingin menggalakkan pengguna menggerakkan dan susun semula tab untuk kemudahan aliran kerja.
Tambah Firefox, perubahan ini turut memberi pengalaman lebih ‘tenang’ dengan mengurangkan gangguan seperti pop-ups semasa melayari web.
Baca juga – Laporkan Insiden Keselamatan Siber Kepada CyberSecurity Malaysia
Dalam pada itu, ia juga didatangkan dengan alat privasi terbaru seperti cross-site cookie protection dan cap jari dalam talian.
Selain itu, bahagian toolbar dan menu juga diperkemaskan untuk carian dan akses lebih mudah.
Rekaan semula ini bukan untuk pelayar web komputer sahaja, malah ia juga diterima pada aplikasi mudah alih Android dan iOS.
Jadi dapatkah rekaan semula ini menambat hati pengguna untuk beralih ke pelayar Mozilla Firefox?
Baca juga – Cara Untuk Kembalikan Tetapan Asal Pada Photoshop
Sumber: engadget