Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bank islam _

Bank Islam Saran Padam Dan Muat Turun Semula Aplikasi GO Untuk Peranti Android

Diterbitkan November 12, 2022 · Dikemas kini November 12, 2022 oleh Amalina Athman

Bank Islam melalui Facebook hari ini memaklumkan aplikasi GO untuk peranti Android telah dikemas kini dengan versi 3.2.03.

Berikutan itu, pengguna disarankan untuk memadam aplikasi GO bagi versi terdahulu dan memuat turun semula versi terkini melalui Google Play Store.

Bank Islam Saran Padam Dan Muat Turun Semula Aplikasi GO Untuk Peranti Android

Dinyatakan, langkah itu adalah bertujuan bagi membolehkan pengguna terus menikmati ciri-ciri terkini GO by Bank Islam.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi GO setelah kemas kini dilakukan, Bank Islam menyarankan untuk menggunakan alternatif lain dengan log masuk melalui laman web perbankan internet.

Sementara itu, bagi pengguna iOS, kemas kini tidak perlu dilakukan dan aplikasi itu boleh diakses seperti biasa.

Sumber: Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY