Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Menarik Keluar Aplikasi SwiftKey Dari App Store Oktober Ini

Microsoft Menarik Keluar Aplikasi SwiftKey Dari App Store Oktober Ini

Diterbitkan September 30, 2022 oleh ariff bukhari

Berita sedih untuk pengguna aplikasi papan kekunci SwiftKey di peranti iOS apabila Microsoft tidak lagi akan menawarkan aplikasi SwiftKey mereka di platform Apple App Store bermula 5 Oktober 2022 ini.

Walaubagaimanapun, kepada pengguna yang sudah memuat turun papan kekunci teks auto-pembetulan dan ramalan pada iPhone mereka, anda masih akan dapat terus menggunakannya selagi anda tidak menyahpasangnya secara manual dari peranti iOS tersebut.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

“Microsoft akan meneruskan sokongan untuk SwiftKey Android serta teknologi asas yang menggerakkan papan kekunci sentuh Windows, Bagi pelanggan yang memasang SwiftKey pada iOS, ia akan terus berfungsi sehingga ia dinyahpasang secara manual atau pengguna mendapat peranti baharu.” ” kata Chris Wolfe, pengarah pengurusan produk SwiftKey, dalam satu kenyataan kepada CNET.

Microsoft Menarik Keluar Aplikasi SwiftKey Dari App Store Oktober Ini

Masih belum jelas mengapa sokongan untuk versi iOS aplikasi itu akan ditamatkan, tetapi tindakan itu datang selepas beberapa bulan aduan pengguna iOS yang tidak dapat diselesaikan, menurut laporan dari ZDNET.

Microsoft membeli SwiftKey dalam tahun 2016 dahulu di mana ia telah dimuat turun lebih daripada 500 juta kali di peranti Android, tetapi juga tersedia untuk pengguna iPhone dan iPad.

Sumber: ZDnet, CNET, SwiftKey

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY