Microsoft Office Tukar Nama Ke Microsoft 365, Semua Dalam 1 Aplikasi

Microsoft 365 ialah perkhidmatan produktivit berasaskan awan meliputi Microsoft Teams, Word, Excel, PowerPoint, Outlook, OneDrive dan beberapa yang lain.

Bermula November ini, Microsoft Office 365 akan dikenali sebagai Microsoft 365 bermula di laman webnya.



Logo dan rekaan baharu ini akan tampil di laman web Office.com terlebih dulu bulan depan manakala aplikasi Office di Windows, iOS dan Android pula akan hadir dengan pembaharuan ini pada Januari 2023.

Bukan hanya nama, ia juga akan hadir dengan logo, penampilan dan ciri baharu serta satu aplikasi mengumpulkan kesemua perkhidmatan. Sebelum ini, perkhidmatan-perkhidmatan ini hadir dalam aplikasi berasingan seperti Word, Excel.



Ia tidak akan beri kesan pada akaun, profil, langganan dan fail sedia ada.


Akan tetapi, jenama Microsoft Office tidaklah pupus sekaligus kerana Microsoft masih akan menjual pembelian sekali (one-time) melalui Office 2021 dan Office LTSC.

{suggest}

Pun begitu, ia akan tinggal sebagai produk legasi kerana produk dan ciri baharu kelak akan dilepaskan melalui Microsoft 365, bukan Microsoft Office.


Sumber: Microsoft