Microsoft Dilapor Minta Pengeluar 'Buang' HDD Tapi Ditentang

Trendfocus mendedahkan bahawa pengeluar peralatan asli (OEM) telah diminta Microsoft untuk menggantikan HDD dengan SSD sebagai storan utama untuk peranti Windos 11, lapor Tom's Hardware.

Bukan itu saja, peralihan ini dikatakan sudah ditetapkan akan dilaksanakan bermula 2023.

Waktu ini, syarat minium untuk Windows 11 ialah storan kosong sekurang-kurangnya 64GB tanpa mengira jenis storan (HDD atau SSD).

Jika kita lihat laptop di pasaran hari ini, memang sudah banyak pengeluar hari ini sudah menjadikan SSD sebagai 'boot driver' manakala HDD untuk storan data seperti menyimpan fail dan lain-lain.

Antara isu peralihan ini ialah kos, seperti kita tahu, kos sebuah unit SSD berkapasiti 256GB berharga setanding dengan HDD yang berkapasiti 1TB.

Ia tidak hanya membebankan pengeluar tapi juga pengguna seperti mereka yang menaik taraf peranti.

Apa-apapun, Microsoft tidak mengeluarkan kenyataan tentangnya untuk memberi jawapan apakah ia benar tetapi dapat kita jangka penggunaan SSD akan terus meningkat kerana kelajuannya yang jauh lebih tinggi daripada HDD.

John Chen daripada Trendfoucs berkata Microsoft sebenarnya meminta peralihan ke SSD ini berlaku dalam 2022 namun menerima tentangan daripada pihak pengeluar yang meminta ia ditangguhkan ke 2024.

Baca juga: