Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Huawei Akan Kehilangan LG Dan Samsung Sebagai Pembekal Skrin

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Huawei Akan Kehilangan LG Dan Samsung Sebagai Pembekal Skrin

Diterbitkan September 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini Reuters melaporkan bahawa LG dan Samsung kini bakal menghentikan bekalan skrin untuk Huawei disebabkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

LG dan Samsung walaupun bukan syarikat dari Amerika, cip yang digunakan untuk menghidupkan paparan mereka turut terlibat dengan sekatan ini. Menjadikan bekalan skrin terpaksa dihentikan serta merta.

Sebelum ini juga Huawei telah kehilangan pembekal memori dan storan dari Samsung dan SK Hynix. Jadi penambahan insiden ini adalah diibaratkan bagai jatuh ditimpa tangga.

Walau bagaimanapun, masih terdapat pembekal skrin untuk Huawei seperti BOE selain Samsung dan LG yang digunakan untuk telefon pintar Mate 40 Pro mereka.

Dengan pembekal hanya satu sahaja dari BOE, ia mewujudkan tekanan dari segi pengeluaran dan juga permintaan skrin.

Tidak disangkal lagi, jika keadaan menjadi semakin teruk, jangkaan Huawei keluar dari perniagaan telefon pintar mungkin boleh menjadi kenyataan.

Sumber: Reuters

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY