Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi 5G – Huawei Masih Untung Walaupun Disekat AS

Penganalisis Berpendapat Huawei Dijangka Keluar Dari Perniagaan Telefon Pintar

Diterbitkan September 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Seperti yang diketahui Huawei sedang bergelut dengan pelbagai masalah yang mengancam perniagaan mereka. Pada tahun lepas, Huawei tidak lagi dimuatkan dengan GMS akibat sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Ditambah lagi apabila sebelum ini mereka dihalang pula dari dibekalkan cip untuk telefon pintar mereka. Jika situasi malang ini berterusan, Huawei dijangka akan keluar dari perniagaan telefon pintar.

Itu adalah apa yang diramalkan oleh Ming-Chi Kuo, iaitu sebuah firma penganalisis teknologi.

Walau bagaimanapun jangkaan itu adalah senario paling teruk yang boleh dialami. Jika senario paling terbaik pula, Huawei akan mengalami penurunan jualan telefon pintar di seluruh dunia.

Walau apapun jangkaan terhadap masa hadapan Huawei, tidak disangkal lagi mereka sukar untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka sebelum ini.

Jika sekatan oleh Amerika Syarikat tidak dipermudahkan, kemungkinan Huawei boleh hilang sekitar 30% pegangan dalam pasaran telefon pintar.

Sumber: MyFixGuide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY