Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Axiata Bank DIgital_

Axiata Bakal Lancar Bank Digital Menjelang Akhir Tahun Ini

Diterbitkan Mei 27, 2023 oleh Amalina Athman

Axiata merancang untuk melancarkan bank digitalnya menjelang akhir 2023, dan menyasarkan bank itu mampu mencatat keuntungan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Berkaitan

  • CelcomDigi Catat Jumlah Pelanggan Terbesar Di Malaysia Tahun 2022
  • CelcomDigi Fibre Diperkenal, Harga Bermula RM75/Sebulan
  • CelcomDigi Tawar Telefon Dan Internet 5G Percuma Bagi Pelan Prabayar Dan Pascabayar

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan, Vivek Sood berkata komitmen untuk modal awal bank digital itu adalah sekitar RM100 juta, yang mana ia akan menawarkan sejumlah produk besar.

Antaranya termasuk deposit untuk pemegang akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) serta produk insurans dan produk kewangan lain, yang akan dilancarkan secara beransur-ansur mulai akhir tahun ini.

Terdahulu, Boost yang merupakan anak syarikat fintech Axiata dan RHB Bank telah memperoleh satu daripada lima lesen bank digital yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Setakat ini, kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang halangan untuk bank digital, tetapi keseluruhan proses memerlukan semakan menyeluruh serta kelulusan yang diperlukan daripada BNM.

Selain itu, pihak Axiata turut bekerjasama rapat dengan BNM bagi mengatasi langkah-langkah keselamatan siber, memastikan privasi dan mencegah pelanggaran data.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY