Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcomdigi fibre

CelcomDigi Fibre Diperkenal, Harga Bermula RM75/Sebulan

Diterbitkan Mac 21, 2023 · Dikemas kini Mac 21, 2023 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini menawarkan pakej internet jalur lebar CelcomDigi Fibre pada harga langganan bulanan bermula RM75, serta rebat bagi pelanggan Digi Postpaid atau Celcom Mega sedia ada.

Berkaitan

  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar Xpax Unlimited 75

Pelan CelcomDigi Fibre ditawarkan dengan tiga pilihan langganan iaitu 50Mbps, 100Mbps dan 300Mbps.

CelcomDigi Fibre 50Mbps

Bagi pelan 50Mbps, CelcomDigi Fibre menawarkan kelajuan muat turun sehingga 50Mbps dan 20Mbps muat naik dengan kuota tanpa had. Pemasangan dan penghala (router) WiFi 6 disediakan secara percuma.

CelcomDigi Fibre 50Mbps ditawarkan pada harga langganan RM90/sebulan, serta rebat RM15 (menjadikan RM75/sebulan) kepada pelanggan postpaid (pasca bayar) Celcom atau Digi sedia ada.

CelcomDigi Fibre 100Mbps

CelcomDigi Fibre 100Mbps menawarkan kelajuan muat turun sehingga 100Mbps dan 50Mbps muat naik dengan kuota tanpa had. Untuk langganan bulanan, CelcomDigi Fibre 100Mbps berharga RM130.

Rebat RM30 disediakan untuk pelanggan pasca bayar dengan nilai RM60 hingga RM89. Sementara itu, pelanggan pasca bayar dengan nilai RM90 dan ke atas akan menikmati rebat sebanyak RM40.

Bagi bukan pelanggan pasca bayar, CelcomDigi menawarkan harga langganan RM90 untuk enam bulan pertama dan RM130/sebulan selepas tempoh itu.

Sama seperti pelan 50Mbps, pemasangan dan penghala WiFi 6 turut disediakan secara percuma.

CelcomDigi Fibre 300Mbps

Berharga RM150/sebulan, CelcomDigi Fibre 300Mbps menawarkan kelajuan muat turun 300Mbps dan 50Mbps muat naik dengan kuota tanpa had.

Rebat RM30 disediakan untuk pelanggan pasca bayar CelcomDigi dengan nilai RM60 hingga RM89, sementara pelanggan pasca bayar RM90 dan ke atas akan menikmati rebat sebanyak RM50.

CelcomDigi Fibre Diperkenal, Harga Bermula RM75/Sebulan

Bagi bukan pelanggan pasca bayar, CelcomDigi menawarkan harga langganan RM75 untuk enam bulan pertama dan RM150/sebulan selepas tempoh itu.

Sama seperti pelan di atas, pemasangan dan penghala WiFi 6 turut disediakan secara percuma.

CelcomDigi Fibre

Kesemua pelan ini didatangkan dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Sebanyak RM50 akan dikenakan jika menurun taraf pelan langganan. Jika pelan CelcomDigi Fiber ditamatkan lebih awal, pelanggan akan dikenakan caj minimum RM500, atau baki nilai kontrak.

Sumber: CelcomDigi Fibre

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY